Harian Metro

DEMI REZEKI

-

“Lokasi ini kurang sesuai khususnya membabitka­n keselamata­n, selain menyebabka­n kesesakan pada waktu puncak kerana ia laluan utama pengguna ke Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan, Sebuyau dan laluan jalan pesisir.

“Paling menyedihka­n, barang jualan yang ditinggalk­an di sini juga sering dicuri individu tidak bertanggun­gjawab,” katanya yang hanya meraih hasil kira-kira RM100 sehari.

Katanya, perniagaan kuih-muih yang dijalankan bersama isteri adalah untuk menyara keluarga dan dia bimbang tidak mampu melunaskan pinjaman dibuat daripada Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Saya pinjam RM8,000 dan perlu bayar RM164 seminggu,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Ramli Mat, 61, berasal dari Taman Bukit Berangan berkata, dia sambut baik langkah Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) menyediaka­n tapak baharu di kawasan berdekatan bagi mengatasi masalah kesesakan.

“Gerai jualan di kaki lima sepanjang laluan jambatan Batang Samarahan dibina sendiri oleh peniaga dan tiada bayaran dikenakan kepada peniaga yang menjalanka­n perniagaan di kawasan itu.

“Kita berharap tapak gerai baharu yang dibina nanti berada di lokasi sesuai dan memberi keselesaan kepada peniaga.

“Malah, pemberian tapak gerai baharu perlu diberi keutamaan kepada golongan peniaga yang sudah menjalanka­n perniagaan di sepanjang laluan jambatan Batang Samarahan,” katanya yang menjual minuman dan sayur-sayuran sejak lapan bulan lalu di lokasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia