Harian Metro

“Adik nak balik rumah”

Affza Balqis Ahmad Sahrel

- Mohd Sabran Md Sani, Nurul Amanina Suhaini am@hmetro.com.my

‘Ibu, adik sakit tapi nak balik rumah.’ Itulah perkataan pertama diucapkan Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14, mangsa pencemaran Sungai Kim Kim yang masih mendapatka­n rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ibunya, Noor Atikah Daud, 47, mengakui bersyukur apabila anaknya yang lebih mesra dipanggil Adik tidak lagi kritikal dan bertambah sihat.

“Sebaik sedar Rabu lalu, itulah perkataan pertama diucapkan Adik. Alhamdulil­lah keadaannya semakin pulih.

“Adik masih di HSI dan semua alat bantuan sokongan sudah dibuka kecuali satu di tangan sebagai persediaan jika memerlukan apa-apa rawatan.

“Alhamdulil­lah dia beransur pulih berkat doa semua. Doktor memaklumka­n sekiranya tiada masalah, Adik dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Adik tidak mahu terus menetap di hospital berikutan malu kerana jururawat yang menguruska­n dirinya.

Bagaimanap­un, Noor Atikah berkata, anak kesayangan­nya itu masih belum mempunyai selera makan.

“Saya bagi dia minum air soya selain roti dan kuih supaya bertenaga.

“Saya okey cuma berat hati mahu pulang ke Pasir Gudang. Niat nak pulang ke Kelantan (selepas Affza pulih), tetapi suami bekerja dan tidak boleh tinggalkan dia (suami) sendirian kerana ada masalah jantung,” katanya.

Noor Atikah berkata, keluargany­a tidak bercadang membuat laporan polis berhubung maklumat palsu disebarkan individu tidak bertanggun­gjawab.

“Saya tidak terfikir mahu membuat laporan polis. Abaikan berita palsu dan paling penting Adik sudah sihat. Alhamdulil­lah dia berada di depan mata saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JURUFOTO disembur anggota bomba untuk membuang sisa kimia yang melekat pada pakaian peralatan perlindung­an peribadi ketika membuat liputan di kawasan Sungai Kim Kim, semalam.
JURUFOTO disembur anggota bomba untuk membuang sisa kimia yang melekat pada pakaian peralatan perlindung­an peribadi ketika membuat liputan di kawasan Sungai Kim Kim, semalam.
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak turut menjadi mangsa sikap tidak bertanggun­gjawab membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim.
SEORANG kanak-kanak turut menjadi mangsa sikap tidak bertanggun­gjawab membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim.
 ??  ?? MANGSA (tengah) mendapatka­n rawatan di Stadium Tertutup MPPG.
MANGSA (tengah) mendapatka­n rawatan di Stadium Tertutup MPPG.
 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n menolak mangsa wanita yang tidak bermaya ke Medic Base Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang.
ANGGOTA keselamata­n menolak mangsa wanita yang tidak bermaya ke Medic Base Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia