Harian Metro

MALAYSIA BERDOA

TIGA MANGSA SERANGAN PENGGANAS CHRISTCHUR­CH MAKIN STABIL

-

Rahimi Ahmad, 39 Sebutir peluru dikeluarka­n dan akan jalani pembedahan kedua membuang serpihan peluru menembusi tulang belakang.

Mohd Nazril Hisham Omar, 46 Ditembak di belakang badan dan kaki. Akan menjalani pembedahan kedua dan kini separuh sedar.

Mohd Tarmizi Shuib, 42 Sudah boleh bercakap selepas pembedahan membuang peluru di belakang badan.

“Saya hanya mahu melihat keadaan Rahimi dan nak tahu macam mana kecederaan­nya. Lagipun dikhabarka­n cucu, (Ahmad Razif, 11) kini trauma,” kata Rokiah Mohammad, 65.

Ibu kepada mangsa tembakan rambang di Christchur­ch, New Zealand, Rahimi Ahmad, 39, itu ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTABPP), semalam sebelum berlepas ke negara berkenaan bersama anak keduanya, Rosdi Ahmad, 42, jam 3.30 petang.

Rokiah berkata, menerusi panggilan telefon bersama menantu, Norazila Abdul Wahid, 39, kira-kira jam 9 pagi semalam dimaklumka­n Ahmad Razif yang sempat diselamatk­an orang awam ketika kejadian, kini dalam keadaan trauma.

“Dalam perbualan singkat itu, Norazila hanya memaklumka­n Rahimi dalam keadaan stabil namun belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan kedua hari ini (semalam) manakala Razif pula trauma.

“Dia pun tak boleh cakap lama, tambahan pula menantu saya masih bersedih dengan kejadian yang menimpa keluargany­a,” katanya.

Turut menemani Rokiah dan Rosdi ke New Zealand, Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Menurut Rokiah, dia dijangka tinggal sebulan di Christchur­ch namun bergantung kepada keadaan semasa Rahimi.

“Mujur saya tiada penyakit kronik dan tak perlu bawa ubat, hanya bawa vitamin.

“Semalam saya sukar lelap, terbayang berita di televisyen dan tak tahu apa yang jadi, hanya doakan semua selamat,” katanya.

Rahimi antara tiga rakyat Malaysia yang dikenal pasti cedera terkena tembakan rambang di dua masjid di Christchur­ch, New Zealand, kelmarin manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang.

Anak ketiga daripada lima beradik itu tinggal di Christchur­ch lebih empat tahun lalu dan bekerja sebagai jurutera di kilang susu di New Zealand manakala isterinya pula penuntut di University of Canterbury.

Sementara itu, Phee berkata, rombongan berkenaan dijangka tiba kira-kira jam 11 pagi esok (waktu tempatan) dan memberi jaminan semua mangsa rakyat Malaysia akan diberi rawatan terbaik di Christchur­ch.

 ??  ?? PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern bersama isteri Rahimi,
Norazila Wahid di Hospital Christchur­ch.
PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern bersama isteri Rahimi, Norazila Wahid di Hospital Christchur­ch.
 ??  ?? ROKIAH ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang. Gambar kecil, Rokiah dan anak lelakinya, Rosdi (dua dari kiri) bersama Phee (kanan) dan Azrul sebelum berlepas ke New Zealand.
ROKIAH ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang. Gambar kecil, Rokiah dan anak lelakinya, Rosdi (dua dari kiri) bersama Phee (kanan) dan Azrul sebelum berlepas ke New Zealand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia