Harian Metro

‘KITA CARI PENAJA LAIN’

FAM enggan agenda bola sepak negara terkubur

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) optimis Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mampu mencari penaja baharu bagi memastikan kelangsung­an agenda bola sepak negara tidak terbantut.

Semalam, MFL mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia (TM) yang ditandatan­gani untuk lapan tahun bermula 2018 hingga 2025 dengan nilai tajaan keseluruha­n RM480 juta.

Ia dibuat ekoran kegagalan syarikat gergasi telekomuni­kasi negara itu menjelaska­n bayaran penajaan musim ini berjumlah RM60 juta bagi diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, meskipun keputusan menamatkan kontrak TM itu sangat berat, namun beliau percaya pengurusan MFL yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam mampu mendapatka­n penaja baharu dalam masa terdekat.

“Kami faham dalam bola sepak ini memerlukan kewangan untuk menaja pasukan bagi menguruska­n semua perkara termasuk pengurusan pasukan dan liga.

“Sudah tentu kewangan ini penting dan seperti anda sedia maklum, segala usaha akan dijalankan untuk mencari penaja baharu berpotensi.

“Kami harap dalam sebulan atau sebulan lebih ini akan dapat penaja baru, sekali gus menampung ketiadaan TM. Jadi saya harap sekretaria­t (MFL) dan yang lain semua akan berusaha dapatkan tajaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media khas di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hamidin tidak menolak kemungkina­n kegagalan TM itu berpunca daripada masalah ekonomi yang sedikit sebanyak menjejaska­n perniagaan organisasi itu untuk meneruskan penajaan mereka.

“Kadang-kadang senario masalah ekonomi memberi tekanan dan kami kena terima dan cuba memandang ke depan,” katanya.

 ??  ?? HAMIDIN yakin pengurusan MFL mampu dapatkan penaja baharu dalam tempoh terdekat.
HAMIDIN yakin pengurusan MFL mampu dapatkan penaja baharu dalam tempoh terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia