Harian Metro

Tampar isteri di stesen minyak

-

Hanya kerana perselisih­an faham, seorang lelaki menampar isterinya yang meriba anak mereka dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Rakit, Kuala Nerus, kelmarin.

Bukan itu saja, suspek berusia 30 tahun turut mengugut ibu mentuanya dengan mengacukan pisau ke arah wanita berkenaan selepas bengang perbuatann­ya menampar mangsa ditegur.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah hari ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari rumah mentua di Batu Rakit, Kuala Nerus ke Pejabat Agama Kuala Terengganu menaiki kereta.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, berlaku perselisih­an faham antara mereka sebelum suspek menampar pipi mangsa berusia 24 tahun yang ketika itu meriba anak mereka.

“Tindakan suspek itu menyebabka­n bibir mangsa pecah dan berdarah sebelum pasangan terbabit pulang ke rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus sebaik selesai urusan mereka,” katanya.

Sumber berkata, amaran diberikan wanita terbabit mengundang kemarahan suspek apabila mengambil pisau lalu mengacukan senjata itu ke arah ibu mentuanya.

Katanya, isteri suspek yang terkejut dengan tindakan suaminya meluru ke arah ibunya kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa, suspek ditahan di rumah mentuanya jam 1 pagi,” katanya.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarka­n suspek direman empat hari bermula semalam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

 ??  ?? SUSPEK diizinkan direman selama empat hari.
SUSPEK diizinkan direman selama empat hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia