Harian Metro

PEGAWAI, 2 PENGARAH DISIASAT

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya

Tiga individu direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan skandal projek Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dianggarka­n bernilai RM30 juta.

Perintah reman ke atas suspek berusia antara 43 hingga 56 tahun itu dikeluarka­n Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal sehingga Sabtu ini.

Mereka yang direman itu terdiri daripada pegawai kanan SSM serta dua pengarah daripada dua syarikat teknologi maklumat (IT) terkemuka di ibu negara.

Kelmarin, media melaporkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan semua suspek, kira-kira jam 11 pagi di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.

Sumber berkata, pegawai kanan SSM itu dikatakan bersubahat dengan dua syarikat IT berkenaan bagi mendapatka­n kelulusan menawarkan perkhidmat­an perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada masa sama, sumber itu berkata, dua pengarah syarikat terbabit dipercayai mengaut keuntungan dengan melakukan perkhidmat­an perisian tanpa mengikut peraturan SKMM.

Berikutan itu, mereka disiasat lanjut mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah oleh pegawai SPRM pada jam 9.20 pagi dengan memakai baju lokap jingga SPRM serta tangan bergari.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM membawa tiga individu ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatka­n perintah tahanan reman bagi membantu siasatan skandal projek SSM bernilai RM30 juta.
PEGAWAI SPRM membawa tiga individu ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatka­n perintah tahanan reman bagi membantu siasatan skandal projek SSM bernilai RM30 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia