Harian Metro

‘Baguslah ada orang pertikai kita’

-

Kuching: “Beri saya peluang untuk buktikan pelantikan ini tidak silap. Saya baru mulakan kerja,” kata pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri selepas pelantikan­nya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dipertikai sesetengah pihak.

Beliau yang baru dilantik berkuat kuasa 11 Mac lalu berkata, rasa tidak puas hati itu akan diambil secara positif.

“Baguslah jika ada yang mempertika­ikan kita. Ia akan menjadikan kita lebih peka dan fokus terhadap kerja yang dilakukan.

“Sebab itu, dengan peluang yang ada ini, saya ingin mengajak semua karyawan filem dan pemain industri untuk sama-sama bekerja memperbaik­i apa yang kurang elok serta menambah baik kelebihan sedia ada dalam industri,” katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian penutupan Bengkel Skrip Ke Media, Varicam atau EVA1 Cinematic Camera di Auditorium FINAS Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Shakib Ahmad Shakir.

Dalam majlis sama, Aplikasi Data Anak Seni Kenyalang yang menjadi medium menghimpun­kan data berkenaan penggiat seni di Sarawak turut dilancarka­n.

Ahmad Idham berkata, sebagai CEO FINAS, beliau melepaskan segala tanggungja­wab khususnya sebagai pengarah dan penerbit termasuk syarikat produksi miliknya.

“Saya sudah melepaskan semuanya kepada individu yang berpotensi. Saya akan terus fokus kepada kerja yang berkaitan FINAS,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Idham
AHMAD Idham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia