Harian Metro

Kecewa pihak ambil kesempatan

-

Kuala Lumpur: Pelakon Datuk Aaron Aziz memohon orang ramai yang sudah menghulurk­an sumbangan kepada sindiket penipuan menggunaka­n gambar seorang bayi dari luar negara yang sudah meninggal dunia hampir dua tahun lalu bagi mengutip derma supaya tampil membuat laporan polis.

Aaron berkata, dia berasa kecewa apabila mendapati maklumat yang diambil daripada laman Facebook Persatuan Kanser Bersatu Malaysia itu adalah scammer.

“Selalunya saya sangat berhati-hati berkongsi sesuatu tapi kali ini tengok gambar seorang bayi membuatkan terlalu beremosi. Saya minta maaf semua.

“Jadi saya harap kepada sesiapa yang sudah menderma untuk tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat terhadap individu terbabit.

“Laporan polis ini tidak boleh saya seorang. Kita perlu bekerjasam­a supaya

scammer ini ditumpaska­n. Apabila polis mempunyai bukti cukup selepas pihak yang menderma tampil membuat laporan, ia akan memudahkan urusan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Aaron membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, semalam berkenaan penipuan sindiket itu.

“Saya turut menderma ke akaun itu sebab berasakan ia benar apatah lagi status dimuat naik daripada Facebook Persatuan Kanser Bersatu Malaysia. Sudah tentu saya percaya.

“Namun pagi tadi saya mendapat panggilan yang memaklumka­n perkara itu palsu. Saya terus memadam status yang dimuat naik semalam dan pergi membuat laporan polis,” katanya.

Hasil carian di Internet mendapati bayi itu meninggal dunia pada 2017 kerana kanser.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia