Harian Metro

Sayu lihat rakan dihempap batu

-

Sepang: “Saya nampak batu hempap Siew Kim manakala, seorang lagi rakan turut dihempap batu dan saya terdengar dia meminta tolong.

“Bagaimanap­un, suasana sangat kelam-kabut ketika itu dan sangat berbahaya menyebabka­n kami juga tidak mampu menyelamat­kan mereka,” kata Ong Lee Jye, 56.

Wanita itu seorang daripada 17 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air semalam serta terselamat susulan gempa bumi di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter yang berlaku pada Ahad lalu, turut mengorbank­an dua rakyat Malaysia iaitu Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah.

Lee Jye berkata, dia bercuti di Indonesia bersama rakan yang semuanya sekelas semasa bersekolah di sekolah rendah di Jementah, Johor seramai 21 orang bagi acara selepas sekian lama tidak bertemu.

Katanya, sewaktu gempa, rombongan berkenaan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Timur sekali gus mereka turut merasai pengalaman berdepan tragedi itu.

“Saya terdengar bunyi kuat seperti letupan kemudian ada orang menjerit supaya berlari menyelamat­kan diri dan saya turut berbuat demikian.

“Bagaimanap­un ketika sedang berlari, ada batu terkena pada kaki menyebabka­n cedera serta menerima rawatan dan jahitan di hospital,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Ketibaan rakyat Malaysia itu disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha

(Hubungan Dua Hala) Kementeria­n Luar, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Ditanya sama ada mahu bercuti ke Indonesia lagi, Lee Jye yang tinggal di Ipoh, Perak berkata, ini adalah kali pertama dia ke negara itu dan masih trauma dengan kejadian berkenaan sekali gus tidak mahu ke sana.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Cheong Kim Leong, 56, dari Johor Bahru berkata, ketika kejadian, dia dan isteri tidak berada di kawasan air terjun berkenaan sebaliknya di restoran berdekatan Pantai Senggigi, Lombok.

“Saya bersama isteri serta ibu dan bapa saudara sedang makan sebelum kejadian gempa bumi berlaku. Saya tidak menyertai rakan lain ke air terjun kerana isteri kurang sihat.

“Ketika kejadian, saya merasakan ada pergerakan di tanah dan apabila bertanya kepada orang lain, mereka memaklumka­n ada gempa bumi dan kami terus menyelamat­kan diri,” katanya.

Mengulas lanjut, Kim Leong berkata, dia terkilan kerana tidak berada di kawasan air terjun itu bersama rakannya yang lain.

“Jika boleh saya mahu berada di air terjun itu untuk membantu mereka yang menjadi mangsa,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN mencari dan menyelamat Indonesia membawa mayat Sai Wah di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia
PASUKAN mencari dan menyelamat Indonesia membawa mayat Sai Wah di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia
 ??  ?? LEE Jye dikerumuni petugas media selepas selamat tiba di balai ketibaan klia2, semalam.
LEE Jye dikerumuni petugas media selepas selamat tiba di balai ketibaan klia2, semalam.
 ??  ?? SIEW Kim
SIEW Kim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia