Harian Metro

Tak sempat masuk van

-

 Saksi nampak Adib terjatuh selepas dihimpit dua kenderaan

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, bahawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, terjatuh selepas dihimpit Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) dan sebuah kereta dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang pada November tahun lalu.

Juruteknik penghawa dingin warga Pakistan, Budt Mohsin, 24, berkata, dia melihat kejadian itu ketika jentera (FRT) mengundur dan melanggar van EMRS di belakangny­a selepas kenderaan bomba itu secara tiba-tiba diserang sekumpulan orang awam.

“Apabila FRT mengundur, van menghimpit mangsa dengan kereta.

“Mangsa terjatuh dan telentang ke arah (stesen minyak) Caltex. Kaki ke arah Caltex,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah pada hari ke-13 inkues kematian Muhammad Adib.

Saksi itu berkata, selepas mangsa terjatuh, dia melihat sekumpulan orang awam seperti mahu menyerang Muhammad Adib.

HAMDAN: Apa berlaku? BUDT: Pada masa itu, ada satu kumpulan macam mahu serang Adib. Ada orang cuba bantu Adib dari tempat kejadian. Ada orang angkat dan membawanya ke Caltex.

HAMDAN: Pada masa itu, kamu boleh cam muka anggota yang terhimpit dan terjatuh?

BUDT: Saya tak berapa cam.

HAMDAN: Kamu kata Adib, Adib. Mana kamu tahu orang itu Adib?

BUDT: Saya tahu daripada berita.

HAMDAN: Kemudian, lepas kejadian. Kamu tahu?

BUDT: Ya, lepas itu baru saya dapat tahu.

HAMDAN: Jadi, apabila kamu lihat orang awam bawa dia ke arah Caltex. Kamu nampak ke arah mana?

BUDT: Saya tahu dia menuju ke arah Caltex. Tapi, lepas itu, saya tak tahu.

Terdahulu, But yang empat tahun bekerja di negara ini berkata, dia melihat FRT diikuti van EMRS tiba di lokasi rusuhan bagi memadamkan kebakaran kereta.

Katanya, sebaik tiba, dua anggota turun dari FRT dan Muhammad Adib dilihat keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS.

Bagaimanap­un, mereka melihat sekumpulan orang awam meluru ke arah kenderaan bomba menyebabka­n seorang anggota FRT kembali menaiki jentera berkenaan.

Pada masa sama, Budt berkata, seorang lagi anggota FRT membuka pintu sisi van EMRS dan menutupnya dalam usaha menyelamat­kan diri.

Menurutnya, Muhammad Adib yang ketika itu turut berada di luar kenderaan bagaimanap­un tidak sempat memasuki semula van EMRS.

“Dia tengok (menghala) ke arah Caltex. Secara pantas, dia nak larikan diri. Kedudukan dia berada di kiri tayar belakang van EMRS,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian ‘tersentuh’ dengan van tetapi terjatuh selepas dihimpit van EMRS dan sebuah kenderaan yang menjadi beberapa kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, jentera FRT mengundur dan melanggar van di belakangny­a sebelum melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan dan meninggalk­an lokasi kejadian.

Muhammad Adib, 24, anggota van EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak kuil berkenaan, 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institu Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Prosiding dijalankan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia