Harian Metro

Dr Maza sambut baik langkah penutupan

-

Kuala Lumpur: Mufti Perlis Dr Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik penutupan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani, Kedah yang beroperasi secara haram dan dipercayai mengeksplo­itasi pelajarnya.

Beliau berharap, selepas ini ia jangan dibuka kembali dengan ‘cerita’ yang lain pula.

“Jika benar ditutup Alhamdulil­lah. Pohon agar jangan pula nanti dibuka kembali atas cerita yang lain pula.

“Kasihan anak-anak yang masih remaja disuruh membuat jualan di sana sini atas nama tahfiz. Padahal mereka patut berada di sekolah.

“Apabila berjumpa mereka berat untuk melihat anak-anak sekolah menagih simpati ke sana ke mari membawa barang jualan atas nama agama,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, semalam.

Beliau merujuk laporan bertajuk

‘Pusat tahfiz eksploitas­i pelajar diarah tutup’ yang disiarkan myMetro, kelmarin.

Kerajaan negeri mengarahka­n pusat tahfiz terbabit ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksplo­itasi pelajar untuk mengutip derma.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dipetik berkata, arahan itu dikeluarka­n berikutan siasatan mendapati pusat pengajian terbabit tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.

Katanya, ia turut dipercayai beroperasi sebagai pusat rawatan amal serta menggunaka­n taktik licik menipu pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengaut keuntungan.

Selain itu, katanya, pusat tahfiz terbabit dikesan mengeksplo­itasi kira-kira 120 pelajar termasuk 11 anak yatim di situ dengan mengarahka­n mereka meminta derma

sambil menjual produk.

Beliau turut meminta orang ramai jangan mudah terpedaya dan percaya cerita video tular baru-baru ini.

Video tular dalam aplikasi WhatsApp berdurasi 3 minit 37 saat itu antara lain memaparkan tulisan ‘211 anak yatim fakir miskin diarah kosongkan penempatan’ selain merakamkan situasi kanak-kanak menangis kerana kena pindah keluar.

Dalam pada itu, Mohd Asri melahirkan rasa hairan mengapa hal itu dibiarkan berlaku lama sedangkan sudah banyak aduan dibuat oleh orang ramai.

“Sering kita tertanya, mengapa kerajaan membiarkan hal ini sejak begitu lama. Entah berapa ratus atau mungkin ribuan aduan telah dibuat oleh orang ramai,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia