Harian Metro

Perlu sekat akaun bank

- Muhammad Mustakim Ramli am@hmetro.com.my

Isu pusat tahfiz amal yang memperguna­kan kanak-kanak untuk mengutip derma tidak akan selesai selagi akaun digunakan untuk menerima sumbangan tidak dibekukan walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan menutupnya, kelmarin.

Mangsa pusat tahfiz itu Muhammad Daud Raduan, 61, berkata kumpulan berkenaan dipercayai akan terus ‘bergerak’ jika akaun berkenaan masih aktif.

Katanya, ramai yang tidak sedar mereka memberi sumbangan kepada akaun Pusat Rawatan Amal yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan bukannya pusat tahfiz yang menjaga anak yatim seperti didakwa.

“Secara jelas pusat rawatan itu menjalanka­n perniagaan dan tidak berdaftar dengan JKM sehingga dikenakan tindakan kelak.

“Jalan terbaik adalah membekukan akaun berkenaan. Melalui pembekuan akaun kita dapat mengenal pasti berapa jumlah wang sumbangan yang diterima dan ke mana wang itu disalurkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, jika tindakan mahkamah diambil sekali pun hanya seorang saja individu yang akan menerima hukuman.

“Jadi, melalui pembekuan akaun, lebih ramai lagi individu yang turut terbabit akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Muhammad Daud sebelum ini mendakwa dia bersama beberapa rakan pernah diperdaya hampir RM10,000 oleh kumpulan berkenaan dengan memberi sumbangan makanan, pakaian serta wang tunai.

Katanya, dalam tempoh tujuh bulan dia rapat dengan pihak terbabit iaitu antara September 2017 dan Mac 2018.

“Mereka kurang senang dengan tindakan saya memberi bantuan melalui makanan dan pakaian sebaliknya lebih suka bantuan kewangan.

“Saya hanya menyedari tertipu pada Mac tahun lalu selepas mereka gagal meyakinkan saya bangunan yang dijadikan asrama di Pekan Baru, di sini, sudah diwakafkan kepada mereka.

“Ini kerana sebelum itu saya ada melihat dokumen perjanjian sewa bangunan selepas mereka memohon bantuan kewangan daripada saya untuk mengubahsu­ainya.

“Sebelum ini, mereka mendakwa bangunan itu diwakafkan kepada mereka namun selepas saya melihat dokumen perjanjian sewa baru saya sedar mereka menipu. Bangunan berkenaan disewa sebanyak RM14,000 sebulan selama tiga tahun dengan bayaran deposit RM42,000,” katanya.

Dia yang juga ahli badan bukan kerajaan (NGO) Briged Bakti Malaysia berkata, timbul persoalan berapa jumlah sebenar kanak-kanak di bawah pusat berkenaan walaupun media melaporkan seramai 211 orang.

Katanya, jumlah itu berdasarka­n dakwaan pusat berkenaan di media sosial mereka, selain jumlah yang diperoleh daripada maklumat peribadi kanak-kanak terbabit di sebuah sekolah di sini.

“Daripada maklumat itulah JKM dapat mengesan yang sebahagian besar mereka bukan anak yatim sebaliknya masih mempunyai ibu bapa.

“Jumlah mereka mungkin lebih ramai dari yang disangka. Ketika saya rapat dengan pusat ini dan kerap ke asrama mereka, kanak-kanak terbabit tidak tinggal di asrama berkenaan, mereka tinggal di rumah sewa,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Daud menunjukka­n salinan perjanjian sewa bangunan pusat tahfiz di Pekan Baru yang disewa sebanyak RM14,000 sebulan selama tiga tahun dan bukannya bangunan wakaf seperti yang didakwa.
MUHAMMAD Daud menunjukka­n salinan perjanjian sewa bangunan pusat tahfiz di Pekan Baru yang disewa sebanyak RM14,000 sebulan selama tiga tahun dan bukannya bangunan wakaf seperti yang didakwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia