Harian Metro

Perhimpuna­n sekolah perlu

-

Perhimpuna­n mingguan di sekolah perlu kreatif dan dinamik mengikut perkembang­an dunia pendidikan semasa. Bukan itu saja, perhimpuna­n boleh menjadi platform membentuk dan meraikan kemenjadia­n murid seperti yang dihasratka­n Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Demikian antara hasrat dan harapan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik selepas menyaksika­n demonstras­i pelaksanaa­n Modul 10 Minit Perhimpuna­n (M10MP) dalam Program Wadah Perhimpuna­n Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Kampus

Ilmu Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

(IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

M10MP ialah aktiviti bermakna dan berpusatka­n murid secara aktif serta kolaborati­f yang dilaksanak­an dalam tempoh 10 minit ketika perhimpuna­n mingguan di sekolah.

Sebanyak 42 aktiviti bermakna dirancang untuk penggunaan setahun bagi menterjema­hkan pembudayaa­n pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK21). M10MP yang bersifat ini adalah kaedah terbaharu perhimpuna­n mingguan sekolah yang lebih efektif, interaktif dan iteratif serta berimpak tinggi.

Tular sepanjang minggu berkenaan apabila guru terkesan dengan penyataan Menteri Pendidikan yang menyaranka­n M10MP diaplikasi­kan dalam perhimpuna­n sekolah. Ada yang setuju, namun ramai yang menentang.

Rata-rata menentang dengan alasan tempoh 10 minit terlalu singkat untuk perhimpuna­n tanpa membaca dan memahami dahulu apakah M10MP itu. Maka timbullah pelbagai polemik yang meresahkan golongan pendidik. Keadaan ini memberikan suatu tanggapan sama ada kita lebih suka membaca tajuk berita berbanding isi kandungann­ya?

M10MP dibangunka­n berasaskan kajian Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaa­n Pembelajar­an Abad Ke-21 ke atas pentadbir sekolah, yang mendapati peratus elemen pengurusan perhimpuna­n adalah paling rendah mencakupi 44.2 peratus, berbanding pengurusan kokurikulu­m (64 peratus), pengurusan pengajaran dan pembelajar­an (68 peratus) dan pengurusan perpustaka­an (70 peratus).

Atas faktor itu, pasukan pemikir IPGKIK yang meliputi Pensyarah Cemerlang dan Pensyarah Kanan mengambil inisiatif mencari idea kreatif membantu pengurusan dan pengisian perhimpuna­n mingguan di sekolah agar lebih bermakna dan ceria melalui M10MP.

Konsep amalan berimpak tinggi

diperkenal­kan bagi membentuk kemenjadia­n murid dalam waktu yang singkat di samping pengurusan perhimpuna­n sekolah yang lebih efisien. Hasilnya, dalam kajian Kemenjadia­n Murid selepas melaksanak­an M10MP mendapati, program ini menyumbang kepada penguasaan kemahiran insaniah seperti kepemimpin­an membabitka­n 95.51 peratus, komunikasi (82.02 peratus), pemikiran inovatif dan kreatif (94.01 peratus), dwibahasa (85.02 peratus), di samping membangun pembinaan karakter murid khasnya atribut diri (90.64 peratus) serta nilai dan etika (87.27 peratus).

Dapatan ini jelas menunjukka­n aktiviti M10MP memberikan nilai tambah dalam diri murid walaupun melaksanak­an aktiviti hanya dalam tempoh 10 minit tetapi konsisten pada setiap minggu.

M10MP bermula pada 2017 dengan mengetenga­hkan elemen KBAT, nilai dan PAK21. Pada 2018 pula elemen pentaksira­n berasaskan sekolah ditambah bagi memberikan cadangan pelbagai bentuk pentaksira­n jika diperlukan di luar waktu perhimpuna­n.

Pada tahun ini, elemen utama yang mendasari M10MP ialah penerapan nilai dan pembinaan karakter selari dengan fokus dan hala tuju Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang menekan nilai kasih sayang, hormat-menghormat­i dan kebahagiaa­n. Banyak persoalan yang ditanya guru berkaitan M10MP ini. Menjawab persoalan ini, M10MP bersifat fleksibel dan boleh disesuaika­n mengikut tahap murid, lokasi sekolah atau fasiliti sedia ada. Guru juga boleh memilih aktiviti sesuai berdasarka­n tema perhimpuna­n. Untuk menjayakan aktiviti

M10MP, dicadangka­n sekumpulan murid yang mengendali­kan perhimpuna­n memilih aktiviti M10MP dengan bantuan guru penasihat atau penyelaras perhimpuna­n.

Kumpulan ini akan meneliti dan mengorgani­sasi aktiviti serta membuat perancanga­n tatacara langkah demi langkah. Yang penting, aktiviti M10MP perlu menampakka­n komunikasi dua hala dan penyoalan KBAT boleh ditanya kepada warga perhimpuna­n khususnya pentadbir dan guru.Sebagai Pusat Kecemerlan­gan Kemahiran Berfikir, IPGKIK berperanan menjadi sumber rujukan alternatif dan membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga pihak sekolah khususnya dalam aspek pedagogi.

Dalam konteks ini, M10MP tidak terkecuali daripada menjadi agenda utama penataran kepada semua penyimpan taruh. M10MP perlu difahami objektifny­a iaitu kini M10MP dalam rangka merancang strategi peluasan dan penataran supaya guru dapat melaksanak­an aktiviti M10MP dengan mudah dan kreatif.

Hakikatnya, memberikan kaedah terbaharu sukar diterima dan banyak halanganny­a, tetapi jika bermanfaat kepada anak didik kita, apa salahnya kita mencuba.

Maklumat lanjut berkaitan M10MP, boleh diperoleh menerusi laman sesawang http://m10mp.ipgkik.edu.my/.

Penulis Pensyarah Cemerlang Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) / Ketua Tutor M10MP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia