Harian Metro

Bekalan kita ke akhirat

-

sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ‘Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh.’” (Surah al-Munaafiquu­n, ayat 10)

Apa yang pasti, segala harta dunia yang kita miliki ini belum tentu menjadi milik kita. Bagaimanap­un, setiap sen atau harta diinfakkan itu pasti akan menjadi pelaburan di akhirat kelak.

Kita semua mengetahui kisah seorang lelaki kaya pada zaman Nabi Musa iaitu Qarun.

Di dalam al-Quran disebutkan mengenai kekayaan Qarun. Dia seorang yang berlagak di hadapan orang ramai.

Malah, ramai bercitacit­a ingin menjadi sepertinya dengan memiliki rumah serba mewah serta pakaian yang cantik.

Qarun seorang yang sangat bakhil serta derhaka terhadap perintah Allah SWT. Akibatnya, semua hartanya yang banyak itu tidak sedikit pun mendatangk­an manfaat buat dirinya.

Sifat bakhil itu menyebabka­n dia lupa kekayaan dimilikiny­a adalah kurniaan daripada Allah SWT. Akhirnya, Qarun diseksa dengan rumah serta hartanya dikuburkan sekali bersamanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami benamkan Qarun itu berserta rumahnya ke dalam tanah, maka tiada satu kaum yang dapat menolongny­a selain daripada Allah, sedang ia tidak mendapat pertolonga­n apa-apa.” (Surah Al-Qashash ayat 81)

Apabila kita diuji hidup dalam kesusahan, itu sebenarnya adalah sebahagian ujian daripada Allah SWT untuk menilai tahap kesabaran serta reda pada diri kita.

Sekiranya ditakdirka­n kita menjadi kaya raya, itu juga salah satu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur atau kufur atas nikmat itu.

Allah SWT memerintah­kan hamba-Nya melakukan sesuatu walaupun dilihat begitu sukar dilakukan pada awalnya namun pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Bayanganny­a begini, manusia pasti tidak akan melepaskan peluang walaupun satu saat untuk melakukan amalan soleh sekiranya ‘akaun’ pahalanya dapat diakses serta diketahui kedudukann­ya.

Seperti kita boleh menyemak jumlah wang terkumpul di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang itu hanya boleh dinikmati selepas seseorang itu bersara kelak.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155 hingga 157 yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami uji manusia itu dengan bermacam-macam ujian, adakalanya dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian dan kekurangan buahbuahan, berilah khabar gembira kepada orangorang yang sabar atas cubaan itu. Iaitu orang-orang yang ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata: ‘Sesungguhn­ya kami ini kepunyaan Allah dan akan kembali kepada-Nya, untuk mereka rahmat daripada Tuhannya serta anugerah dan mereka itu mendapat petunjuk.’”

 Lakukanlah sebanyak mungkin amal ibadat dan kebaikan

Kehidupan dunia dan akhirat perlu ada keseimbang­an, namun Islam meletakkan kehidupan di akhirat yang lebih utama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan carilah apa yang dianugerah­kan Allah kepadamu (kebahagiaa­n) kampung akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaiman­a Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhn­ya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berbuat bencana.” (Surah Al-Qashash, ayat 77)

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia