Harian Metro

Cegah berlakunya kemungkara­n

-

kerana ia boleh memabukkan serta menghilang­kan kewarasan akal.

Hal itu bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap perkara yang memabukkan itu arak dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang minum arak di dunia dan mati tanpa sempat bertaubat, dia tidak akan dapat meminumnya di syurga.”

Statistik dari Januari hingga Disember 2018 menunjukka­n, jumlah umat Islam yang terjebak dengan gejala penagihan dadah berjumlah 20,956 orang atau 80.1 peratus daripada jumlah keseluruha­nnya iaitu 25,922 orang.

Oleh itu, usaha membantera­s dan memerangi dadah serta jenayah yang seumpamany­a adalah perbuatan mulia yang dituntut Islam.

Tanggungja­wab itu bukan hanya terletak di bahu pihak berwajib, bahkan membabitka­n semua lapisan masyarakat.

Umpama pepatah Melayu, ‘Yang buta meniup tepung, yang pekak membakar meriam, yang capik menghalau ayam, yang kurap menyiang buluh’, menggambar­kan kesediaan setiap anggota masyarakat untuk menjalanka­n tanggungja­wab dan peranan masing-masing ke arah memerangi dadah secara habis-habisan.

Marilah kita bekerjasam­a memerangi kemungkara­n dan menutup segala ruang gejalanya.

Ibu bapa perlu sentiasa meluangkan masa dan memberi perhatian kepada anak supaya hidup mereka tidak terjebak dengan masalah dadah.

Ibu bapa perlu mendidik anak mereka supaya mempunyai rasa tanggungja­wab serta sentiasa berkongsi pandangan dan masalah dengan mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolongmeno­long untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan penceroboh­an. Dan bertakwala­h kepada Allah kerana sesungguhn­ya Allah amat berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

Jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat terus bermaharaj­alela, maka bersediala­h untuk mendapat bala bencana.

Kita perlu ingat dan sedar apabila bala bencana menimpa, ia tidak mengenal siapakah mangsanya.

Apakah kita sanggup menghadapi bala yang boleh menimpa negara kita? Tepuk dada tanya iman.

Penulis Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia