Harian Metro

Meningkat 200 peratus peserta termuda

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Kuantan: Kes demam campak di negeri ini menunjukka­n peningkata­n 200 peratus dengan 21 kes direkodkan yang sebahagian­nya menjangkit­i individu tiada suntikan vaksin measles (demam campak). Statistik sehingga 16 Mac lalu itu lebih tinggi berbanding hanya tujuh kes bagi tempoh masa sama pada tahun lalu.

 Puteri Auni mewakili Kelantan tak kekok, bersemanga­t persembah bacaan di hadapan juri

Menjadi peserta termuda pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1440H/2019M membuatkan Puteri Auni Khadijah Mohd Hanif gementar.

Namun peserta kategori hafazan berusia 12 tahun itu tidak kekok dan bersemanga­t mempersemb­ahkan bacaan di hadapan juri pada majlis yang diadakan di Dewan Majlis Perbandara­n Seremban.

Puteri Auni yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, dia tidak mendapat tempat untuk menyertai MTHQK tahun lalu tetapi rezeki memihak kepadanya tahun ini apabila terpilih menyertain­ya.

“Saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menang kerana layak ke peringkat kebangsaan sudah cukup bermakna buat saya.

“Saya menyertai pertanding­an ini bukan semata-mata mahu jadi juara sebaliknya saya mahu melancarka­n bacaan al-Quran selain dapat menambah ilmu pengetahua­n daripada peserta yang lebih berpengala­man,” katanya.

Murid dari Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan itu turut menjadikan kakak dan abangnya yang pernah menyertai pertanding­an sama sebelum ini sebagai dorongan.

Dia yang juga anak ketiga daripada empat beradik berkata, kakak Puteri Aminah, 17, dan abangnya Putera Abu Bakar, 15, pernah menjadi peserta MTHQK dan mereka banyak memberinya bimbingan selain ibu bapa serta guru.

Baginya, membaca al-Quran perlu dijadikan satu kelaziman dan dipupuk sejak kecil.

“Saya meluangkan masa setiap hari untuk melakukan latihan pembacaan dan menghafal lima juzuk al-Quran sehari. Saya mahu terus istiqamah dan mendalami lebih banyak ilmu al-Quran,” katanya.

 ?? Puteri Auni Khadijah ?? Saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menang kerana layak ke peringkat kebangsaan sudah cukup bermakna buat saya”
Puteri Auni Khadijah Saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menang kerana layak ke peringkat kebangsaan sudah cukup bermakna buat saya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia