Harian Metro

‘Tidak dapat melihat bukan bermakna tak boleh baca al-Quran’

-

Seremban: “Tidak dapat melihat bukan bermakna saya tidak boleh membaca al-Quran,” kata Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 21.

Qari tilawah dari Kelantan itu berkata, masalah penglihata­n tidak pernah menghalang­nya untuk mempelajar­i al-Quran.

Katanya, sejak berusia empat tahun dia berminat mendalami al-Quran dan ketika itu dia kerap mendengar bacaan ayat suci menerusi pemain cakera padat.

“Saya mula menggunaka­n al-Quran braille ketika berusia tujuh tahun dan belajar membaca al-Quran dengan lebih baik serta memahami isi kandungann­ya.

“Walaupun saya dilahirkan tidak boleh melihat, tetapi saya hendak diri dekat dengan al-Quran. Membaca al-Quran memberi ketenangan kepada saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Muhammad Qayyim Nizar antara 14 qari yang mewakili negeri masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandara­n Seremban yang berlangsun­g selama enam hari.

Dia pernah memenangi tempat ketiga dalam pertanding­an berkenaan, dua tahun lalu.

“Saya kerap berlatih mengaji, taranum dan bacaan yang betul untuk membolehka­n memasuki pertanding­an.

“Setiap hari saya membuat latihan taranum selain menuntut ilmu daripada dua bekas qari MTHQK yang berasal dari Kelantan iaitu Ustaz Abd Rahim Ahmad dan Ustaz Yahya Daud,” katanya.

Katanya, bapa Sarimi Yusoff, 54, dan ibu, Rozan Muhamed, 46, banyak memberi dorongan dan sokongan untuknya melangkah lebih jauh dalam bidang al-Quran.

Bagaimanap­un, penuntut Diploma Tahfiz Al-Quran di Kolej Islam Antarabang­sa Sultan Ismail Petra (KIAS) itu berkata, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi pada pertanding­an kali ini sebaliknya melakukan terbaik dan berserah kepada ketentuan Allah SWT.

 ??  ?? MUHAMMAD Qayyim Nizar memperdeng­arkan bacaan al-Quran menggunaka­n al-Quran Braille.
MUHAMMAD Qayyim Nizar memperdeng­arkan bacaan al-Quran menggunaka­n al-Quran Braille.
 ??  ?? MUHAMMAD Qayyim Nizar bersama bapanya, Sarimi ketika membuat persiapan menggunaka­n al-Quran Braille.
MUHAMMAD Qayyim Nizar bersama bapanya, Sarimi ketika membuat persiapan menggunaka­n al-Quran Braille.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia