Harian Metro

Risau penyakit serius

- Mohamad Hussin am@hmetro.com.my

 KKM buat kajian kohort bersifat jangka panjang pantau tahap kesihatan mangsa

Kebimbanga­n mangsa pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor mengenai tahap kesihatan mereka termasuk penyakit serius seperti barah mendorong Kementeria­n Kesihatan (KKM) menjalanka­n kajian kohort bersifat jangka panjang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kajian berkenaan akan dilaksanak­an dalam tempoh terdekat bagi memantau perkembang­an kesihatan mangsa.

Beliau berkata, kajian ini akan dilaksanak­an dalam tempoh segera sebaik saja pihak KKM memperoleh segala maklumat penting berkaitan pencemaran terhadap mangsa yang terbabit.

“Inisiatif ini dilakukan kerana terdapat mangsa yang khuatir pendedahan kepada pencemaran toksik berkenaan boleh mengundang kepada penyakit serius seperti barah dan sebagainya.

“Selepas kami dapat segala data berkaitan, kami akan teliti protokolny­a, metodologi dan kenal pasti siapa penyelidik perubatan berkelayak­an baharu kita akan laksanakan inisiatif ini.

“Perkara itu lebih mudah kerana maklumat setiap mangsa ada dalam pangkalan data kementeria­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Transforma­si Pusat Penjagaan Kesihatan ASEAN 2019 di sini, semalam.

Dr Dzulkefly berkata, beliau sebagai Menteri Kesihatan bersedia melakukan satu kajian kohort terhadap kumpulan mangsa yang terbabit bagi memantau tahap kesihatan mereka dalam jangka masa panjang.

Selain itu, katanya jumlah pesakit mendapatka­n rawatan di dua hospital akibat pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor semakin berkuranga­n apabila merekodkan hanya 46 berbanding 131 pesakit sebelum ini.

“Jumlah pesakit yang ditahan di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) adalah 32 individu manakala 14 pesakit mendapatka­n rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Hingga jam 12 tengah malam tadi (kelmarin), seramai 304 individu mendapatka­n rawatan pesakit luar dan 15 daripadany­a ditahan untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanap­un, jumlah pesakit ditempatka­n di unit rawatan rapi (ICU) hanya empat pesakit berbanding lapan orang sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, Pusat arahan KKM yang beroperasi di Stadium Tertutup Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), turut mendapati tiada pesakit mendapatka­n rawatan bantuan pernafasan.

“Saya kesal dengan laporan dua media yang menyiarkan laporan bahawa saya mengatakan bahan kimia di Sungai Kim Kim tidak mempunyai kesan kronik terhadap rakyat di negeri itu.

“Saya tidak kata begitu dan harap media terbabit memperbetu­lkan laporan berkenaan.

“Tolonglah saya kena ‘pukul’ teruk berhubung laporan itu, ” katanya.

 ??  ?? P E T U G AS 5E Resources Sdn Bhd mengambil sampel tanah bagi memeriksa tahap udara, air, dan tanah di Sungai Kim Kim, semalam.
P E T U G AS 5E Resources Sdn Bhd mengambil sampel tanah bagi memeriksa tahap udara, air, dan tanah di Sungai Kim Kim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia