Harian Metro

Wakil media dihalang buat tugas

-

Pasir Gudang: Petugas media kesal dengan tindakan Sekreteria­t Pusat Kawalan Operasi Bencana Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Johor (JPBNJ) tidak membenarka­n mereka berada di Menara Aqabah Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) di sini, semalam.

Insiden itu berlaku sebaik petugas media selesai membuat liputan penyerahan bantuan Pejabat Daerah Tangkak di bangunan itu pada 12 tengah hari.

Kakitangan MPPG mengarahka­n enam petugas dari Harian Metro, Berita Harian, Bernama, The Star dan wakil pejabat Menteri Besar keluar dari bangunan selepas mendapat arahan Yang Dipertua MPPG, Zainor Adani.

Malah, tiga penguat kuasa turut ditugaskan bagi memastikan kumpulan petugas media keluar dari bangunan itu dan tidak memasuki dewan yang menjadi lokasi sidang media.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Johor (KMJ), Mohamad Fauzi Ishak berharap pihak Jawatankua­sa Pengurusan Bantuan Bencana (JPBB) menyahsamp­ingkan kehadiran petugas media sama ada di Stadium Tertutup Perbandara­n Pasir Gudang mahupun Menara Aqabah.

Beliau berkata, petugas media tidak meminta layanan istimewa daripada pihak terbabit, namun mahu mereka memberikan ruang dan peluang bagi membolehka­n wartawan melaksanak­an tugas.

“KMJ mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri, JPBB dan agensi terbabit menguruska­n bencana di Pasir Gudang.

“Sama seperti anda semua, kami juga bertungkus-lumus menjalanka­n tanggungja­wab membantu menyalurka­n maklumat yang tepat kepada rakyat khususnya di kawasan bencana,” katanya.

 ??  ?? WAKIL media yang diarahkan keluar dari bilik media di Menara Aqabah MPPG, semalam.
WAKIL media yang diarahkan keluar dari bilik media di Menara Aqabah MPPG, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia