Harian Metro

Lebih hebat daripada ‘biasa’

Peminat tegar LIMA’19 berkampung awal pagi saksikan latihan TUDM

- Danial Saad am@hmetro.com.my

“Saya sanggup berjemur di bawah panas terik kerana sangat teruja melihat aksi membabitka­n beberapa pesawat pejuang terutama Sukhoi SU-30MKM”

Rizal Hashim

“Lebih hebat dan luar biasa. Itu kata peminat tegar pesawat pejuang yang menyaksika­n latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pangkalan Udara (PU) Butterwort­h, semalam.

Difahamkan, latihan yang berlangsun­g sejak 13 Mac lalu itu membabitka­n beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

Rizal Hashim, 46, berkata, hampir setiap hari sejak awal pagi dia bersama rakannya berada di sekitar pangkalan udara itu untuk menyaksika­n latihan berkenaan dengan lebih dekat.

“Setiap kali menjelang LIMA, kami memang sentiasa menanti aksi terbaru tetapi kali ini memang lebih hebat dan luar biasa berbanding sebelum ini.

“Saya sanggup berjemur di bawah panas terik kerana sangat teruja melihat aksi membabitka­n beberapa pesawat pejuang terutama Sukhoi SU-30MKM,” katanya.

Rizal yang bekerja sendiri berkata, dia tidak pernah ketinggala­n menyaksika­n latihan itu sejak LIMA 2001.

Kini, dia dan rakannya turut mewujudkan kumpulan WhatsApp serta kumpulan Facebook dengan nama Geng Bawah Radar.

Sementara itu, Azizal Adnan, 37, yang berasal dari Tasek Gelugor turut mengakui persembaha­n udara daripada TUDM kali ini memang hebat, ditambah dengan aksi luar biasa yang belum pernah dilihat.

“Memang minat sangat dengan pesawat pejuang TUDM hingga saya dapat mengecam jenis pesawat berdasarka­n bunyinya.

“Saya lebih tertarik dengan aksi persembaha­n udara gabungan dua pesawat TUDM iaitu Sukhoi SU-30MKM dan F/A-18D Hornet,” katanya yang meminati pesawat pejuang sejak latihan LIMA 2013.

Tinjauan di sekitar Pangkalan Udara Butterwort­h mendapati kawasan itu dipenuhi orang ramai yang menyaksika­n latihan berkenaan walaupun panas terik.

Latihan itu turut membabitka­n simulasi letupan bom yang dibuat secara terkawal sempena gimik perasmian.

Pameran LIMA yang kini memasuki edisi ke-15 sejak diperkenal­kan pada 1991 dijadual berlangsun­g selama lima hari bermula 26 hingga 30 Mac ini.

Pameran terbesar maritim dan aeroangkas­a di Asia Pasifik itu diadakan di Pusat Pameran Antarabang­sa Langkawi (MIEC) dan Resort World Langkawi dengan tema Defence and Commercial Connecting Intelligen­ce.

TUDM turut mempersemb­ahkan pertunjuka­n udara membabitka­n enam pesawat Sukhoi SU-30MKM, F/A-18D Hornet (4), Hawk 108/208 (6), pesawat pengangkut A400M (3), PC 7 MKII (8) dan helikopter EC-725 (3) serta Sikorsky S-61A-4 Nuri (2).

 ??  ?? PESAWAT tempur TUDM FA-18D Hornet melepaskan flare.
PESAWAT tempur TUDM FA-18D Hornet melepaskan flare.
 ??  ?? HELIKOPTER Sikorsky S-61A-4 Nuri melakukan pelbagai aksi ketika latihan.
HELIKOPTER Sikorsky S-61A-4 Nuri melakukan pelbagai aksi ketika latihan.
 ?? FOTO: DANIAL SAAD ?? PESAWAT tempur TUDM Hawk melakukan pelbagai formasi menarik.
FOTO: DANIAL SAAD PESAWAT tempur TUDM Hawk melakukan pelbagai formasi menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia