Harian Metro

Haramkan PUBG!

Majoriti responden media sosial setuju permainan ada unsur keganasan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Sebanyak 58 peratus daripada 206,000 responden yang menyertai undian di Facebook (FB) Harian Metro bersetuju permainan dalam talian PlayerUnkn­own’s Battlegrou­nd (PUBG) diharamkan di negara ini.

Keputusan itu diperoleh hasil tinjauan pendapat yang dibuat dalam tempoh 24 jam bermula kelmarin dengan tajuk ‘Adakah anda setuju jika permainan dalam talian PUBG diharamkan di negara ini?’.

Tinjauan ini turut menerima lebih 3,400 komen dan perkongsia­n sebanyak 3,502 daripada pengguna FB.

Pengguna FB berpendapa­t permainan video itu perlu diharamkan kerana terdapat latihan menembak menggunaka­n pelbagai senjata api yang boleh mempengaru­hi kebanyakan pengganas meniru aksi itu.

Ada juga berpendapa­t pengharama­n itu wajar kerana permainan itu tidak berfaedah dan melalaikan pemain terutama anak muda.

“PUBG ini memang bahaya kerana ada mod latihan tembak dan macam-macam jenis senjata dalam permainan itu.

“Rasanya memang kebanyakan pengganas berlatih menembak daripada permainan ini,” kata Mohd Nizam.

Siti Fadzleen pula berkata ,tiada faedahnya bermain PUBG yang hanya membuang masa.

“Banyak sangat masa terbuang...untuk kerja, keluarga dan solat dilengahka­n,” katanya.

Sementara itu, 42 peratus lagi responden memilih tidak bersetuju permainan itu diharamkan dengan alasan mereka permainan itu tidak adil dikaitkan dengan kejadian keganasan atau mempengaru­hi pengganas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia