Harian Metro

PEMUDA TIMUN

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

 Tekad empat sekawan tambah pendapatan dorong usaha tanah terbiar

Kuala Nerus

Kurang peluang pekerjaan selain ingin menambah pendapatan keluarga mendorong empat anak muda mengusahak­an tanaman timun sejak Februari lalu.

Berkat usaha itu, tanaman timun teknik fertigasi yang diusahakan di tanah terbiar di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir itu mampu mengeluark­an 100 kilogram timun sehari.

Muhammad Amirul Muqri Rosamiza, 23, berkata, sebanyak satu tan timun sudah dijual sejak tanaman itu mengeluark­an hasil dan dituai awal bulan ini.

“Berbaloi kami mengeluark­an modal RM10,000 untuk mengusahak­an tanaman ini selepas melihat hasil yang diperoleh.

“Kami hanya mampu menaman 600 pokok timun saja kerana ruang tanah yang terhad.

“Permintaan timun ini tinggi, ia dijual secara runcit dengan harga

RM2 hingga RM3 sekilogram, tetapi kami hanya menjualnya dengan harga RM1 hingga RM2 sekilogram,” katanya di tapak tanaman di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini semalam.

Bagi Ahmad Fakhri Mohd Azam, 27, dia hanya memperuntu­kkan empat jam sehari untuk menguruska­n tanaman timun itu.

“Biasanya kami bermula pada jam 7 hingga 9 pagi manakala waktu petang pula bermula jam 5 hingga 7 malam.

“Saya bekerja sebagai pemandu van dan kegiatan ini diusahakan untuk menambah pendapatan selain mengisi masa lapang.

“Hasil menjual timun batang ini, kami mampu memperoleh RM50 hingga RM80 seorang setiap hari,” katanya.

Mohd Sabri Ibrahim, 21, berkata, dia yang tidak pernah terbabit dengan aktiviti pertanian berasa ragu-ragu pada peringkat awal kerana bimbang ia tidak memberikan hasil.

“Bagaimanap­un, selepas melihat semua tanaman membesar dengan baik dan kini mengeluark­an hasil, ia membuatkan saya lebih bersemanga­t meneruskan aktiviti pertanian ini.

“Seronok apabila ramai penduduk dan peniaga dari pasar membeli timun yang ditanam,” katanya.

Aminudin Ismail, 25, berkata, kemudahan media sosial juga dimanfaat sepenuhnya untuk mempromosi­kan jualan timun.

“Selain menjualnya secara borong di pasar sekitar daerah ini, kami juga menjualnya kepada peniaga nasi lemak.

“Kami akan memastikan harga timun yang dikenakan lebih rendah daripada harga biasa kerana apa yang dijalankan itu tidak hanya bermotifka­n keuntungan semata-mata, tetapi lebih berkonsep amal jariah,” katanya.

Menurutnya, dia dan tiga rakannya itu merangka perancanga­n menanam tanaman lain selepas musim menuai hasil timun ini selesai.

“Selepas ini, kami akan menanam tanaman lain seperti terung, cili atau petola yang juga mempunyai permintaan tinggi,” katanya.

 ?? AHMAD RABIUL ZULKIFLI ?? EMPAT sahabat menunjukka­n timun batang yang ditanam mereka di Kampung Teluk Ketapang.
AHMAD RABIUL ZULKIFLI EMPAT sahabat menunjukka­n timun batang yang ditanam mereka di Kampung Teluk Ketapang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia