Harian Metro

Jerat pari 250 kilogram

- Kandau Sidi kandau@nstp.com.my

 Nelayan dapat rezeki terpijak tangkapan dijual harga tinggi

50 kilogram (kg). Itu berat seekor ikan pari gergasi yang berjaya ditangkap nelayan, Mazelen Wan, 34, berasal dari Kuala Sibuti di sini, Ahad lalu.

Kejayaan itu sekali gus memberikan­nya rezeki terpijak apabila hasil tangkapann­ya dijual pada harga tinggi pada peraih.

“Pada awalnya, saya cuba mahu memukat udang halus, lebih-lebih lagi sekarang musim spesies udang berkenaan terutama di perairan wilayah utara Sarawak.

“Namun, tidak sangka saya memperoleh tangkapan besar apabila ikan pari gergasi terperangk­ap dalam pukat yang saya pasang,” katanya di sini, semalam.

Disebabkan saiznya yang besar, ikan berkenaan terpaksa ditunda menggunaka­n bot kecil digunakann­ya ke tepi pantai sebelum dinaikkan ke darat, seterusnya dijual kepada peraih.

“Ini tangkapan terbesar pernah saya peroleh sepanjang menjadi nelayan. Saya tidak sangka ikan pari gergasi boleh terjerat dalam pukat saya.

“Mulanya, saya menyangka pukat penuh dengan udang namun apabila pukat dinaikkan, memang saya terkejut mendapati seekor ikan pari besar terperangk­ap,” katanya.

Mazelen berkata, beliau terpaksa mendapatka­n bantuan beberapa rakan untuk menarik ikan berkenaan ke daratan.

“Di Perairan Sibuti sebelum ini, memang pernah saya mendengar kisah pemancing menaikkan ikan pari yang besar, tetapi beratnya kurang 100kg.

“Ikan pari yang saya peroleh ini adalah rekod tangkapan baru bagi nelayan di Kuala Sibuti,” katanya.

 ?? Mazelen Wan ?? Mulanya, saya menyangka pukat penuh dengan udang namun apabila pukat dinaikkan, memang saya terkejut mendapati seekor ikan pari besar terperangk­ap”
PARI gergasi yang ditangkap di perairan Sibuti, Miri.
Mazelen Wan Mulanya, saya menyangka pukat penuh dengan udang namun apabila pukat dinaikkan, memang saya terkejut mendapati seekor ikan pari besar terperangk­ap” PARI gergasi yang ditangkap di perairan Sibuti, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia