Harian Metro

Gajah ‘mandi’ 40kg kunyit

-

Kuala Lumpur: “Bukan hanya gajah, malah pihak zoo turut menggunaka­n kunyit sebagai alternatif untuk merawat kulit beberapa haiwan lain,” kata Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @Rahmat Ahmat Lana ketika diminta mengulas mengenai penularan gambar seekor gajah yang ‘dimandikan’ dengan kunyit di Zoo Negara, kelmarin.

Rosly berkata, kaedah melumurkan kunyit pada kulit gajah dan haiwan lain sudah lama digunakan cuma tidak dikongsika­n kepada umum menerusi hebahan di laman sosial.

Katanya, banyak maklum balas diterima selepas gambar berkenaan tular di laman sosial namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana proses itu dilakukan mengikut prosedur yang betul di ruang luas dengan bantuan kakitangan terlatih.

“Program itu dijalankan dengan kerjasama syarikat Adabi yang menaja 40 kilogram (kg) serbuk kunyit setiap bulan kepada Zoo Negara untuk tempoh dua tahun.

“Proses rawatan kulit gajah itu bermula jam 9.30 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam dengan menggunaka­n 3.5kg serbuk kunyit.

“Tiada masalah sepanjang proses berkenaan kerana dilakukan dengan bantuan tiga kakitangan terlatih, tetapi ia mungkin janggal bagi orang awam kerana tidak pernah melihat kunyit digunakan bagi memandikan haiwan,” katanya.

Menurut Rosly, selain Zoo Negara, kaedah sama juga sudah lama dipraktikk­an di India dengan tujuan merawat kulit gajah dan haiwan yang lain.

 ??  ?? PROSES rawatan kulit gajah menggunaka­n serbuk kunyit dilakukan kakitangan terlatih Zoo Negara.
PROSES rawatan kulit gajah menggunaka­n serbuk kunyit dilakukan kakitangan terlatih Zoo Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia