Harian Metro

Setiap hari bongkar kerosakan

- BERNAMA

 Perdana Menteri akui tahun pertama memerintah masa terbuang tangani masalah besar termasuk isu 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesai­kan pelbagai masalah besar yang ditimbulka­n oleh 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Perdana Menteri berkata, gabungan itu diwujudkan untuk menyelamat­kan negara daripada kerajaan kleptokras­i yang mencuri dan membazirka­n berbilion-bilion ringgit wang rakyat, namun tanpa diduga telah memperoleh mandat rakyat dalam pilihan raya umum pada 9 Mei tahun lalu.

“Ia satu pilihan raya umum yang sangat penting kerana ia memberi peluang untuk menamatkan sebuah kerajaan yang korup. Sekarang kita tidak lagi dikenali sebagai sebuah negara kleptokras­i.

“Sukar untuk membayangk­an apa akan jadi kepada negara sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak bangkit menyahut seruan untuk menumbangk­an kerajaan terdahulu. Kita telah dapat mengelakka­n malapetaka kewangan yang hanya menanti masa untuk berlaku sekiranya skim penipuan untuk melindungi kesalahan 1MDB tidak ditemui dan dibetulkan,” kata beliau dalam ucaptamany­a pada pelancaran Invest Malaysia 2019, semalam.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, dalam tempoh sepuluh bulan pentadbira­nnya, kerajaan menyedari sepenuhnya perasaan rakyat bawahan.

“Kerajaan kini sudah mengetahui sebesar mana kerosakan yang telah dilakukan kerajaan kleptokras­i tersebut terhadap negara. Ia bukan sengaja mahu diperbesar-besarkan, tetapi hampir setiap hari kami membongkar kerosakan baharu,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, walaupun tugas itu belum muktamad dan mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk diselesaik­an namun kerajaan perlu terus mara ke hadapan untuk memajukan negara.

“Kita ada banyak tugas yang belum selesai. Kita perlu membangunk­an negara dan untuk mencapai tujuan itu, kita perlu mengatur semula Malaysia. Matlamat kita jelas, untuk menjadi sebuah negara maju daripada segala segi.

“Pembanguna­n yang dijalankan hendaklah memberi manfaat kepada setiap rakyat, di mana kekayaan dikongsi bersama dan pembanguna­n yang dicapai adalah pembanguna­n yang lestari. Kita komited untuk mencapai pertumbuha­n ekonomi yang turut mengandung­i keadilan sosial,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia