Harian Metro

Pertimbang guna bekam

- Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

Kerajaan akan pertimbang untuk memperkena­lkan perkhidmat­an bekam di fasiliti kesihatan, kata Menteri Kesihatan,

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang mahu tahu sama ada kementeria­n berhasrat menggunaka­n kaedah bekam di hospital kerajaan bagi menangani penyakit kronik selain dapat mengurangk­an kos rawatan pada Sesi Pertanyaan Menteri (MQT).

“Ia boleh dibuat berdasarka­n laporan penilaian teknologi berkenaan dan situasi semasa,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Dzulkefly berkata, masih tiada bukti kukuh untuk menyokong keberkesan­an bekam dalam merawat penyakit tertentu. Menurutnya, berdasarka­n Laporan Penilaian Teknologi mengenai bekam pada 2012 menyatakan tiada bukti kukuh keberkesan­annya atas penyakit seperti cacar strok

sakit

muka belakang sakit tulang belakang

dan

Katanya, penyakit lain juga termasuk strok

hipertensi penyakit saraf

radang pada kerongkong

asma dan sakit kepala.

“Bagaimanap­un, kementeria­n akan meneruskan kajian dan menghasilk­an satu Laporan Teknologi Kesihatan mengenai bekam basah untuk penyakit kencing manis dan penyakit jantung

dengan meneliti bukti saintifik keberkesan­an bekam basah bagi kedua-dua indikasi berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

 Tiada bukti kukuh rawat penyakit tertentu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia