Harian Metro

3 jam berjalan pujuk murid

- Olivia Miwil olivia@nstp.com.my

 Tiga guru ambil inisiatif pergi ke rumah pelajar ajak kembali ke sekolah

Menyedari pentingnya ilmu dalam kehidupan, tiga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan mengambil inisiatif melawat ke rumah seorang murid tahun empat semata-mata mahu memujuknya kembali meneruskan pelajaran di sekolah.

Walaupun berjalan sejauh 12 kilometer (km) dan mengambil masa tiga jam untuk tiba di kawasan pedalaman itu, usaha guru terbabit memujuk murid Rompin: Seorang daripada pemancing yang hilang, Azwan Abu Bakar, 40-an, dikatakan merancang untuk memancing di perairan Rompin sejak penghujung tahun lalu lagi.

Abang iparnya, Abdul Kadir Othman, 64, berkata, disebabkan kesibukan kerja, Azwan beberapa kali menangguhk­an perancanga­n itu.

“Dia minat memancing sejak kecil kerana dia dibesarkan di kawasan perkampung­an nelayan di Kampung Pasir Gogok, Kota Tinggi (Johor), jadi tidak hairan berkenaan menemui jalan buntu apabila dia (murid) masih enggan ke sekolah.

Guru Besar SK Buayan, Matius Kusop berkata, tiga guru terbabit ke rumah murid berkenaan pada minggu lalu, selepas mendapati kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu.

Katanya, ini cubaan kedua diambil guru untuk memujuk murid terbabit supaya kembali ke sekolah.

“Sebelum ini dalam lawatan pertama, guru kami ke rumahnya di Kampung Pongobonon, tetapi mereka hanya dapat berjumpa dengan

ibu bapa murid itu saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Matius berkata, kanak-kanak itu mendakwa tidak dapat hadir kerana sakit kaki, namun pihaknya mendapati dia sudah pulih tetapi bapanya gagal memujuknya kembali ke sekolah.

“Abang kepada murid ini berhenti sekolah ketika tahun enam kerana difahamkan tidak tahan berjalan jauh setiap hari.

“Tetapi sekarang, sekolah ini menyediaka­n asrama dan ada guru menjaga mereka termasuk menyediaka­n makanan percuma.

“Bagaimanap­un, dua beradik ini memberi alasan tidak lagi minat belajar,” katanya.

Matius berkata, dalam lawatan kedua ini, ibu bapa dan guru gagal memujuk murid terbabit kembali ke sekolah, malah turut menarik baju ibunya sehingga koyak ketika guru cuba memujuknya.

“Kami tidak akan berputus asa untuk membawanya ke sekolah,” katanya.

Terdahulu, SK Buayan yang dikategori­kan sebagai Sekolah Kategori 3 terletak di Banjaran Crocker dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Selama tiga tahun berturut-turut, sekolah itu mencapai keputusan 100 peratus lulus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

 ??  ?? USAHA guru memujuk murid yang gagal untuk kembali ke sekolah.
USAHA guru memujuk murid yang gagal untuk kembali ke sekolah.
 ??  ?? TIGA guru yang berjalan sejauh 12km ke Kampung Pongobonon untuk memujuk murid kembali ke sekolah.
TIGA guru yang berjalan sejauh 12km ke Kampung Pongobonon untuk memujuk murid kembali ke sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia