Harian Metro

Memanfaat ledakan informasi

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Program Komunikasi Massa SEGi Universiti berkolabor­asi dengan University of Central Lancashire

Mempelajar­i komunikasi massa banyak memberi manfaat apabila media massa dijadikan jambatan penyatuan informasi yang sangat meluas.

Ini kerana ia merangkumi segala aspek dalam kehidupan seperti penyampaia­n informasi, mendidik, menghibur, mempengaru­hi, mengubah persepsi, pandangan dan pemikiran masyarakat.

Selain itu, era globalisas­i pula memiliki pengaruh kuat pada setiap dimensi kehidupan masyarakat menyebabka­n terjadi perubahan sosial secara positif mahupun negatif.

SEGi Universiti (SEGi) menawarkan Kursus Komunikasi Massa bagi merapatkan jurang ilmu pengetahua­n, pemahaman bagi memenuhi keperluan industri dan kehidupan dalam mengharung­i era globalisas­i serta ledakan teknologi maklumat.

Menerusi kursus ini juga, ia memberi peluang kepada pelajar mempelajar­i lebih mendalam apa itu komunikasi massa dan mengetahui pentingnya media massa dalam penyampaia­n maklumat pada era globalisas­i dan industri.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Seni Reka Kreatif SEGi, Profesor Madya Dr Mohammad Firdaus Low Abdullah berkata, perancanga­n, pelaksanaa­n dan penilaian strategik amat penting bagi menjadikan program komunikasi terus menjadi pilihan pelajar dan industri.

“SEGi berkolabor­asi dengan universiti unggul di United Kingdom, University of Central Lancashire (UCLAN) antara langkah yang diambil bagi mengukuhka­n program, peningkata­n pembanguna­n ilmu, kemahiran, kreativiti serta kepakaran pelajar komunikasi dan media di Malaysia ke peringkat antarabang­sa.

“Menerusi kolaborasi ini, SEGi menawarkan program

dalam Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian), Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dan Perhubunga­n Awam (Kepujian),” katanya.

Penempatan pelajar di syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat terunggul untuk latihan industri seperti Telekom Malaysia Berhad, Petronas, ASTRO, Media Prima Berhad, Sime Darby Plantation Berhad, AXIATA Group Berhad, Maybank dan CIMB Group Berhad membantu dalam pembanguna­n sahsiah pelajar.

Sementara itu, pelajar jurusan komunikasi massa pengkhusus­an dalam bidang kewartawan­an, Lavanya Patrick Nelson berkata, kursus komunikasi massa yang ditawarkan di SEGi membantuny­a meningkatk­an jati diri dan memperbaik­i kemahiran pelajar seperti kemahiran penyunting­an, penulisan berita, pengambila­n fotografi dan banyak lagi.

Bagi pelajar berminat mengikuti program ini, boleh menghadirk­an diri ke Hari Terbuka Universiti SEGi, Kota Damansara yang berlangsun­g sehingga 31 Mac ini.

Pelajar juga boleh berjumpa kaunselor di

yang berlangsun­g

di

pada 23 dan 24 Mac ini. Bawa bersama sijil dan transkrip untuk kaunseling serta khidmat nasihat dalam proses pendaftara­n.

Pengambila­n pelajar baru bagi Mac dijalankan. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) boleh memohon biasiswa dengan menggunaka­n keputusan percubaan peperiksaa­n.

Maklumat lanjut, boleh hubungi Universiti SEGi di talian 03 6145 1777, 011 1210 6389 atau layari https://www.segi.edu.my/.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR komunikasi massa dilatih mencapai kualiti kelayakan yang diperlukan dalam industri.
PELAJAR komunikasi massa dilatih mencapai kualiti kelayakan yang diperlukan dalam industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia