Harian Metro

‘Jangan hilang isteri’ Gubal polisi ambil pelarian bekerja

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Lelaki reda dibuang kerja selepas kerap ambil cuti jaga pasangan hidap kanser tahap empat

Menerima kejutan insan tersayang menghidap kanser paru-paru tahap empat menjelang ulang tahun kedua perkahwina­n mereka Oktober lalu.

Itu dugaan hebat ditanggung Mohd Hafizi Mohd Yusof, 30, selepas isterinya Roshaya Isnin, 41, disahkan menghidap penyakit berbahaya berkenaan.

Menurut Mohd Hafizi, isterinya kerap mengadu sakit dada sebelum doktor akhirnya mengesan penyakit dialami isterinya itu.

“Saya terduduk saat doktor memberitah­u isteri menghidap kanser paru-paru tahap empat. Petaling Jaya: Pertubuhan hak asasi manusia, Tenaganita meminta kerajaan menggubal polisi bagi membolehka­n pelarian yang berada di negara ini memasuki sektor pekerjaan secara sah.

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das berkata, ini kerana terdapat majikan yang tidak bertanggun­gjawab sememangny­a sudah lama menggajika­n pelarian.

Menurutnya, situasi itu menyebabka­n banyak kes pelarian dianiaya dan dieksploit­asi

“Lebih menyedihka­n sel kansernya sudah merebak ke otak hingga menyebabka­n dia lumpuh dan sawan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, Mohd Hafizi berkata, dia diberhenti­kan kerja apabila kerap meminta pelepasan cuti untuk mengurus dan menjaga isterinya yang kerap masuk hospital.

“Walaupun bingung dengan dugaan bertimpa-timpa, saya menerima ujian ini dengan reda.

“Saya pujuk hati, biarlah hilang kerja daripada saya hilang orang tersayang,” katanya yang menetap di Sungai Balang, Muar, Johor.

Menurutnya, buat masa ini dia hanya mahu fokus untuk mengurus isterinya yang terlantar.

“Isteri sudah menjalani rawatan radioterap­i untuk membuang sel kanser pada otaknya. sewenang-wenangnya termasuk bekerja tanpa gaji atau upah yang tidak berbaloi dengan kerja.

“Pelarian sepatutnya turut diberikan hak untuk bekerja oleh kerajaan seperti yang diamalkan di sesetengah negara maju khususnya di Eropah.

“Walaupun Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menyatakan pemegang kad pelarianny­a tidak boleh bekerja, tetapi badan itu akan mengikut polisi

“Dia perlu menjalani kemoterapi sebanyak 12 kali dan kini baru saja selesai pusingan kelima,” katanya.

Katanya, perbelanja­an bulan mereka mencecah lebih RM2,500 untuk kos ulang alik hospital, susu khas dan lampin pakai buang isterinya.

“Saya sedar wang simpanan kami semakin susut, namun kami tiada pilihan kerana saya perlu menjaga dan menguruska­n isteri sepenuh masa kerana keadaannya yang terlantar.

“Saya mohon rakyat Malaysia doakan semoga isteri saya sembuh macam sedia kala. Adakalanya air mata saya gugur juga melihat penderitaa­nnya sekarang,” katanya.

Orang ramai yang ingin meringanka­n beban pasangan ini, boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Bank Islam 0103202075­3797 atas nama Mohd Hafizi. kerajaan yang melindungi pelarian itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama pertubuhan Perikatan Pelarian Chin (ACR), Organisasi Pelarian Falam, wakil masyarakat Rohingya dan Perlindung­an Bagi Pelarian (RFTR).

Menurutnya, hakikat yang berlaku ialah pelarian di negara ini bekerja di hampir semua sektor tanpa perlindung­an sewajarnya berikutan tidak mempunyai dokumen diperlukan untuk bekerja.

“Apabila ada operasi, mereka ditangkap dan segelintir­nya terus menjadi alat eksploitas­i pihak tertentu termasuk ‘dijual’ semula majikan mereka kepada industri lain.

“Malah, pihak kami ada menerima laporan daripada mangsa bahawa majikan berpura-pura tidak mengenali mereka sekiranya ditangkap pihak berkuasa,” katanya.

 ??  ?? MOHD Hafizi mengurus isteri hidap kanser tahap empat sepenuh masa di rumah mereka di Sungai Balang, Muar, Johor.
MOHD Hafizi mengurus isteri hidap kanser tahap empat sepenuh masa di rumah mereka di Sungai Balang, Muar, Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia