Harian Metro

Jerat alat ganti kenderaan harga murah

-

Kuala Lumpur: Tawar harga murah untuk membeli alat ganti kenderaan. Itu helah seorang lelaki bagi menjerat mangsa bagi membeli alat ganti sebelum mereka menyedari ditipu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ali, 44, dari Miri, Sarawak, berkata dia tertarik untuk membeli tayar terpakai diiklankan lelaki berusia 20-an itu di kumpulan sembang di media sosial pada Ogos tahun lalu.

Katanya, lelaki itu menawarkan harga rendah antara RM1,200 hingga RM1,400 bagi empat tayar terpakai berjenama yang lazimnya berharga RM4,000 hingga RM5,000 mengikut pasaran.

“Saya melihat mesej dikongsika­n lelaki itu dalam kumpulan sembang di WhatsApp dan Facebook sebelum berminat untuk membeli tayar terpakai lalu menghubung­inya melalui mesej secara terus kerana harga ditawarkan amat murah.

“Pada Ogos tahun lalu, saya mula berurusan bagi membeli lebih 10 set (empat tayar) tayar terpakai untuk saya dan dua rakan lain yang berjumlah lebih RM12,000,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lelaki terbabit kerap mengemas kini perkembang­an proses penghantar­an tayar terpakai berkenaan yang dilakukan secara pos.

“Dia memaklumka­n barang akan sampai dalam masa tiga hari dan turut menghantar gambar tayar berkenaan siap dibungkus, namun barang masih belum tiba selepas tempoh ditetapkan.

“Lelaki itu memberi alasan barang itu masih dalam perjalanan ketika ditanya tapi selepas hampir seminggu, dia menghilang­kan diri dan tidak dapat dihubungi sehingga kini,” katanya.

Katanya, dia bersama rakannya kemudian membuat tiga laporan mengenai perkara terbabit iaitu di Miri, Bintulu dan Sibu, Sarawak untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu yang menetap di Sarawak juga dipercayai terbabit dengan kes penipuan menggunaka­n modus operandi sama terhadap mangsa di beberapa negeri di Semenanjun­g.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pihaknya giat memburu lelaki terbabit, Wan Safaruddin Wan Alias, 24, bagi membantu siasatan.

“Kami menerima dua laporan polis terhadap suspek membabitka­n kes penipuan jual beli tayar terpakai dalam talian dan penipuan urusan sewa rumah.

“Laporan polis pertama diterima di Miri pada 26 Januari lalu daripada seorang lelaki yang memaklumka­n kerugian RM1,100 ketika mahu membeli tayar terpakai dengan lelaki terbabit secara dalam talian.

“Selain itu, kami juga menerima satu lagi laporan polis berkaitan lelaki berkenaan berkaitan urusan sewa rumah di Sibu pada 23 Februari lalu,” katanya di sini.

Menurutnya, suspek menggunaka­n modus operandi memperdaya mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun banknya bagi pembayaran pembelian tayar serta deposit rumah sewa yang tidak wujud.

Katanya, sebaik menerima bayaran daripada mangsa, suspek akan menghilang­kan diri.

 ??  ?? WAN Safaruddin
WAN Safaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia