Harian Metro

Gesa bank di Malaysia lebih fleksibel beri pinjaman

-

Kementeria­n Kewangan menggesa bank di negara ini supaya lebih fleksibel memberikan pinjaman kepada syarikat tempatan atau berkemungk­inan berdepan cukai baharu.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, banyak aduan diterima daripada syarikat tempatan mengenai kesukaran mendapatka­n akses kepada pembiayaan.

Beliau berkata, pada tahun lalu, bank tempatan mencatatka­n keuntungan yang besar, malah ada beberapa bank mencatatka­n rekod keuntungan tertinggi.

“Di Malaysia, belum ada ‘cukai durian runtuh’ untuk bank. Saya fikir mungkin ini adalah masa untuk anda (bank) mula memberikan pinjaman atau

(mungkin) anda lebih berminat untuk membayar ‘cukai durian runtuh’,” katanya pada sesi perbualan bersama Menteri bertajuk “Mencartaka­n Pertumbuha­n Mapan” pada persidanga­n Invest Malaysia 2019 di sini, semalam.

Mengenai tumpuan kajian semula insentif cukai, Lim berkata, tumpuan kerajaan adalah untuk mewujudkan nilai dan membuka peluang kepada perniagaan baharu.

Katanya, kerajaan mahu industri yang dapat mewujudkan nilai dan menawarkan peluang pekerjaan di negara ini.

Mengenai langkah mengukuhka­n kedudukan fiskal negara, Lim berkata, kerajaan komited untuk mengurangk­an defisit negara.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu berevolusi untuk menghadapi era negara berusia pada 2030.

Ia antara lain menyaksika­n penguranga­n tenaga kerja kerana persaraan selain penyusutan jumlah caruman kerana pengeluara­n pada jumlah besar.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tunku Alizakri Alias berkata, dalam melaksanak­an mandat sebagai pengurus dana persaraan negara, strategi perniagaan dan pelaburann­ya perlu berubah seiring perubahan demografik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia