Harian Metro

Sedia hadapi 2030

- Nabil Basaruddin bisnes@hmetro.com.my

 KWSP perlu berubah seiring demografik ekonomi negara

ekonomi negara dan memastikan KWSP terus kekal relevan kepada ahlinya serta rakyat negara ini pada masa depan.

Beliau berkata, perubahan kepada strategi perniagaan itu juga adalah disebabkan kaedah sedia ada dalam meningkatk­an jumlah dana oleh KWSP dianggap tidak lagi sesuai.

“Seperti dahulu, KWSP hanya menunggu caruman ahlinya dan tidak seperti masa kini dengan demografik berubah membabitka­n

dan juga populasi berusia yang semakin meningkat.

“Pada lima tahun lalu, data menunjukka­n terdapat 48 peratus tenaga kerja menyumbang kepada KWSP dan ketika ini ia menurun kepada 40 peratus.

“Penurunan drastik ini menjadikan KWSP perlu mengambil hal ini dengan serius dan mula mengatur strategi perniagaan baharu,” katanya pada sesi forum Mandat Baharu, Peluang Baharu pada Invest Malaysia 2019 di sini, semalam.

Setakat 31 Disember 2018, KWSP mempunyai 14.19 juta pencarum, sementara aset pelaburan RM833.76 bilion.

Alizakri berkata, pihaknya sedar terdapat segelintir golongan muda salah faham KWSP sebagai agensi percukaian sekali gus menyebabka­n hilang minat untuk mencarum di agensi itu.

Katanya, terdapat 15 juta tenaga kerja akan mencapai umur persaraan apabila Malaysia mula memasuki era negara berusia pada 2030.

“Apabila kumpulan pekerja ini mula mencecah umur bersara, mereka akan mula mengeluark­an tabungan pada jumlah besar.

“Situasi ini menjadikan pengurus dana persaraan negara ini bakal berdepan kekurangan tunai bagi menampung jumlah pengeluara­n itu,” katanya.

 ??  ?? SEORANG pencarum sedang berurusan di kaunter KWSP di ibu negara.
SEORANG pencarum sedang berurusan di kaunter KWSP di ibu negara.
 ??  ?? ALIZAKRI
ALIZAKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia