Harian Metro

Pelaburan masih kekal relevan

-

Kuala Lumpur: Pelaburan Khazanah Nasional dalam syarikat penerbanga­n nasional, Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) kekal relevan meskipun syarikat itu masih gagal mencatatka­n keuntungan.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, Malaysia Airlines mempunyai nilai besar yang bukan saja tertumpu kepada untung atau rugi malah ia adalah melebihi daripada itu.

Beliau berkata, terdapat manfaat sebenar yang besar diraih daripada syarikat penerbanga­n yang menjana ekonomi Malaysia seperti pelanconga­n, urus niaga perniagaan dan sektor pekerjaan industri lain.

“Ia adalah industri yang mana anda perlu melihat apa yang berlaku dalam rantaian nilai ini secara keseluruha­n serta banyak peserta menjana keuntungan berbanding syarikat penerbanga­n itu sendiri.

“Apa yang perlu dilaksanak­an adalah mencari kaedah baharu bagi memastikan syarikat penerbanga­n ini mampu menjadi lebih cekap.

“Antaranya adalah seperti menilai kembali industri penerbanga­n dan menstruktu­rkannya kembali,” katanya pada sesi forum Mandat Baharu, Peluang Baharu pada acara Invest Malaysia 2019 di sini, semalam.

Shahril Ridza berkata, penting kepada kerajaan untuk memahami kos yang berkaitan sekiranya mengekalka­n operasi Malaysia Airlines dan kesan besarnya kepada ekonomi negara apabila ia dihentikan.

Menurutnya, Khazanah Nasional juga merancang untuk menggunaka­n baki dana RM6 bilion yang disuntik kerajaan kepada syarikat penerbanga­n nasional itu pada 2014.

Sebelum ini, kerajaan sedang mempertimb­angkan beberapa langkah terhadap Malaysia Airlines, termasuk kemungkina­n menutup syarikat penerbanga­n negara itu.

Malah, pertimbang­an itu dibuat kerana kerugian dihadapi syarikat itu sejak beberapa tahun lalu yang menyumbang sebahagian besar susut nilai Khazanah yang dianggap sebagai perkara serius.

 ?? Shahril Ridza ?? Apa yang perlu dilaksanak­an adalah mencari kaedah baharu bagi memastikan syarikat penerbanga­n ini mampu menjadi lebih cekap”
Shahril Ridza Apa yang perlu dilaksanak­an adalah mencari kaedah baharu bagi memastikan syarikat penerbanga­n ini mampu menjadi lebih cekap”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia