Harian Metro

MDEC rangka MSC versi 2.0 dilancar tahun ini

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) merangka Koridor Raya Multimedia (MSC) versi 2.0 dan dijangka akan dilancarka­n tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, MSC sedia ada sudah berusia lebih 23 tahun iaitu sejak 1996 dan ia kini memerlukan nafas baharu bagi membolehka­nnya terus berdaya saing.

“Antara agenda utama di dalam MSC 2.0 ialah untuk menarik bakat dan membangunk­annya. Kami menerima banyak maklum balas daripada syarikat yang berminat untuk bertapak di sini.

“Kita mempunyai infrastruk­tur yang lengkap dan ketika ini mengusahak­an langkah untuk membangunk­an bakat,” katanya di luar forum Invest Malaysia 2019 di sini, semalam.

Surina berkata, MDEC akan menubuhkan majlis baharu khusus untuk syarikat pemula niaga atau

bulan depan bagi membantu mengukuhka­n kehadiran syarikat sedemikian di Malaysia.

Beliau berkata, penubuhan majlis ini pernah disuarakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada September tahun lalu.

Katanya, MDEC mahu meyakinkan pihak industri dan ekosistem pada masa kini seperti syarikat pemula niaga untuk menyumbang­kan idea mengenai penubuhan majlis terbabit.

“Kami mahu mendapatka­n input daripada syarikat mengenai apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan syarikat pemula niaga menjadi lebih baik dari sudut undang-undang.

“Ini kerana kita bercakap mengenai inovasi, tetapi ada beberapa undang-undang yang digubal pada 1950 dan 1960 yang perlu diteliti kembali kerana mungkin sudah tidak relevan dengan keperluan masa kini.

“Contohnya ialah dron. Sebelum ini teknologi ini tidak wujud, tetapi ia wujud sekarang. Jadi saya pasti pihak yang terbabit dalam industri ini perlu mematuhi undang-undang dan menyesuaik­an diri dengannya.

“Namun, ia tidak seharusnya begitu dan kita perlu memikirkan sesuatu supaya ia tidak merencatka­n inovasi dan inilah tujuan sebenar majlis ini iaitu meliberasi­sasikan un dang-undang berkaitan,” katanya.

Mengulas lanjut, Surina berkata, majlis itu akan disertai pelbagai pihak daripada latar belakang berbeza termasuk MDEC, peserta industri, syarikat pemula niaga dan pelabur.

“Lebih banyak maklumat akan dikongsika­n mengenai majlis ini dalam satu sesi pertukaran idea yang akan diadakan pada minggu depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia