Harian Metro

ANAK PELEPAS GERAM

- Agensi

Hanya kerana angin tidak baik, seorang wanita melepaskan kemarahann­ya dengan mencampak anaknya yang berusia dua tahun dari tingkap kediaman mereka di tingkat sembilan sebuah bangunan flat sebelum turut terjun dari situ.

Walaupun jatuh dari ketinggian 26 meter, dua beranak itu bernasib baik kerana terselamat selepas terjatuh atas longgokan salji.

Daily Mail melaporkan suspek 21 tahun itu kini berdepan tuduhan percubaan membunuh dan sekiranya didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Kakak ipar suspek berkata, pada hari kejadian wanita itu tidak berhenti mengamuk serta menjerit terhadapny­a sepanjang pagi.

“Kami bertengkar ketika tengah menyiapkan kanak-kanak itu untuk temu janji dengan doktor. Selepas itu, saya membiarkan dia di bilik bersama anaknya untuk bertenang dan ke dapur. “Beberapa minit kemudian, saya mendapati mereka tiada dalam bilik dan segera membuka tingkap sebelum melihat dua beranak itu baring di atas jalan raya,” katanya.

Saksi Bakhtiar Galautdino­v berkata, kanak-kanak itu terjatuh ke dalam timbunan salji dengan kepala di bawah manakala kaki di atas.

“Kami menarik kanak-kanak itu keluar dari salji dengan perlahan manakala ibunya meraung kesakitan di sebelahnya,” katanya.

Biarpun cedera parah, kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan stabil sementara suspek hanya mengalami beberapa lebam di badannya dan dibenarkan pulang selepas beberapa hari di hospital.

Mangsa kini dalam jagaan bapanya yang dilaporkan akan menceraika­n suspek kerana kejadian itu, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

 Ibu campak zuriat 26 meter kerana angin tak baik

 ??  ?? SUSPEK mencampak anaknya dari tingkap tingkat sembilan sebuah flat. - Agensi
SUSPEK mencampak anaknya dari tingkap tingkat sembilan sebuah flat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia