Harian Metro

1,000 korban taufan Idai

- Agensi

Bukan 84 orang tetapi lebih 1,000 orang dianggar terbunuh akibat taufan Idai yang melanda Mozambique minggu lalu, yang turut menyebabka­n 200 lagi maut atau hilang di negara jiran, Zimbabwe.

“Buat masa ini kami merekodkan 84 kematian namun apabila pasukan penyelamat terbang ke kawasan terjejas pagi ini (semalam) kami faham keadaan sebenar.

“Berdasarka­n tahap kerosakan, jumlah kematian boleh mencapai lebih 1,000 orang,” kata Presiden Mozambique, Filipe Nyusi, dalam ucapannya ke seluruh negara.

Taufan Jumaat lalu itu bukan saja merosakkan kediaman dan menumbangk­an pokok, malah membawa hujan lebat menyebabka­n banjir.

Taufan itu melanda Beira, bandar pelabuhan di Lautan Hindi dengan setengah juta penduduk sebelum melanda Zimbabwe dan Malawi membawa angin kencang serta hujan lebat.

Air Sungai Pungueand Buzi melimpah, menenggela­mkan perkampung­an dengan banyak mayat terapung selepas taufan itu berlalu.

Menurut Nyusi, ada mangsa terpaksa berlindung di atas pokok menanti bantuan.

Gambar dari udara oleh pertubuhan sukarela Mission Aviation Fellowship, menunjukka­n sekumpulan penduduk berada di atas bumbung dengan paras air sehingga ke tingkap rumah.

“Tahap kemusnahan di (bandar) Beira amat teruk dan mengerikan,” kata kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah Persekutua­n Antarabang­sa (IFRC).

Persatuan itu menganggar­kan 96 peratus daripada 530,000 penduduk bandar berkenaan serta kawasan sekitar terjejas.

Jurucakapn­ya, Jamie LeSueur berkata, hampir semua kemudahan musnah dengan perhubunga­n, termasuk jalan raya terputus sama sekali, malah sesetengah kawasan tidak boleh dimasuki.

Menurutnya, satu empangan besar yang pecah Isnin lalu, memusnahka­n satu-satunya jalan raya ke Beira yang masih ada.

Di Zimbabwe, taufan Idai itu menyebabka­n 98 terbunuh manakala 217 lagi hilang.

 Air Sungai Pungueand Buzi melimpah, menenggela­mkan perkampung­an

 ??  ?? KENDERAAN yang dihanyutka­n banjir di Chimaniman­i, Zimbabwe akibat hujan lebat dibawa taufan Idai. - AFP
KENDERAAN yang dihanyutka­n banjir di Chimaniman­i, Zimbabwe akibat hujan lebat dibawa taufan Idai. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia