Harian Metro

Merpati paling mahal

- Agensi

 Burung digelar ‘Lewis Hamilton’ dibida RM5.7 juta

Persaingan antara dua rakyat China untuk memiliki burung merpati lumba diberi jolokan ‘Lewis Hamilton’ berakhir apabila seorang daripadany­a berjaya meletakkan bidaan tertinggi iaitu AS$1.4 juta (RM5.7 juta).

Daily Mail melaporkan, harga dibayar individu itu tiga kali ganda tinggi berbanding bayaran hartawan hartanah China, Xing Wei untuk burung merpati lumba bernama Nadine yang dibeli pada harga 400,000 euro (RM1.85 juta) dua tahun lalu.

Burung diberi nama Armando itu disamakan dengan pelumba kereta terkenal Hamilton kerana diangkat sebagai merpati terbaik Belgium yang mampu terbang jarak jauh sepanjang zaman.

Pemilik Armando, Joel Verschoot terharu dengan minat luar biasa pembida terhadap burung berusia lima tahun itu dan tidak pernah sesekali termimpi untuk menjual merpati peliharaan­nya pada harga mencecah jutaan dolar, Ahad lalu. Verschoot, 63, berkata, dia mempunyai 500 merpati peliharaan dan menghabisk­an selama 12 jam setiap hari untuk melatih haiwan berkenaan.

“Armando menjadi merpati terbaik Belgium pada 2017 dan 2018. Tahun lalu, dia juga yang terbaik di Eropah. Tiga tahun lalu, saya dapat menjangka Armando boleh mencapai kejayaan besar,” katanya.

Bidaan Armando dikendalik­an Persatuan Pigeon Paradise menerusi sebuah laman web dan sepanjang tempoh dua minggu, dua individu dari China bersaing sesama diri untuk membeli merpati itu.

Apabila dibawa ke China, Armando akan dikawankan dengan merpati betina yang turut dibeli dengan harga

tinggi.

Semenjak lumba merpati menjadi kegilaan di China, nilai burung itu semakin tinggi dan merpati dari Belgium paling berharga.

 ??  ?? BURUNG merpati Armando dijual pada harga AS$1.4 juta kepada seorang rakyat China. - Agensi
BURUNG merpati Armando dijual pada harga AS$1.4 juta kepada seorang rakyat China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia