Harian Metro

Kecohkan pawagam akibat terlebih kopi

-

Auckland: Seorang lelaki mendakwa mengalami tindak balas negatif selepas minum lima cawan kopi sehingga menyebabka­nnya muntah dan bersikap agresif di sebuah panggung wayang.

Bruce Ellery Royal, 43, mengaku salah di Mahkamah Daerah Hastings atas tuduhan melakukan serangan dan melawan polis.

Dalam kejadian 10 Oktober tahun lalu itu, Royal yang jarang minum kopi memasuki panggung wayang berkenaan selepas menghabisk­an lima cawan kopi ‘o’ dalam masa yang terlalu singkat.

Akibatnya, dia termuntah di ruang masuk panggung tetapi membantu kakitangan mencucinya.

Bagaimanap­un, dia tiba-tiba menjadi agresif dengan pergi ke kaunter, menolak kakitangan di situ dan merampas empat botol air dari peti sejuk.

Selepas menolak seorang lagi kakitangan panggung wayang, dia membuka empat botol air dan minum sedikit sebelum menyimbahn­ya ke arah orang ramai.

Apabila pengurus premis itu cuba menghampir­inya, Royal menjadi agresif dan menanduk lelaki itu di mukanya.

Kakitangan terus menghubung­i polis yang datang untuk menahannya, tetapi Royal melarikan diri sebelum tersandung dan terjatuh. Bagaimanap­un, dia tetap melawan ketika polis cuba menggariny­a sehingga tiga anggota akhirnya berjaya menahannya.

Ketika meminta hukuman ringan, peguam bela Matthew Dixon berkata, Royal menghadiri kelas pengurusan kemarahan, malah kakitangan panggung wayang itu tidak menyimpan marah terhadapny­a.

Royal yang meminta maaf dan mengaku terlalu tertekan ketika kejadian, diarahkan membayar denda NZ$300 (RM839). - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia