Harian Metro

Mesti ada satu ‘killer song’

Anuar boleh terima lagu daripada peminat atau komposer baru asalkan menarik

- DARI MUKA 42

Saya juga terbuka untuk menerima idea daripada peminat untuk lakukan elemen strings dengan band untuk lagu popular Lelaki Ini sebelum ini

ANUAR

Mengulas mengenai albumpenuh­pula,kata Anuar, ia bakal memuatkan lapanlagub­aruyang berkualiti.

“Album ini juga masih mendapatka­n khidmat komposer dari Indonesia. Saya pastikan setiap album mesti ada sekurangku­rangnya satu ‘killer song’,” katanya.

Pada masa sama, Anuar juga tidak kisah menerima lagu daripada peminat atau komposer baru asalkan ia menarik dan berkualiti.

“Saya juga terbuka untuk menerima idea daripada peminat untuk lakukan elemen strings dengan banduntukl­agu popular Lelaki

Ini sebelum ini. Saya juga pernah menolak lagu ciptaan komposer ternama kerana ia tidak sesuai,” katanya ketika ditemui dalam sidang media sempena MalamAmalP­ameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi (LIMA) 2019 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

GANDINGAN DENGAN IDOLA

Sempena Malam Amal LIMA 2019, Anuar juga bakal berkongsi pentas dengan idolanya iaitu Datuk Sheila Majid dan dua penyanyi hebat Indonesia, Harvey Malaiholo serta Marcell Siahaan.

Malam Amal LIMA 2019 bakal berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Langkawi, Westin Langkawi, pada 29 Mac ini.

Menurut Anuar, diasangatt­erujadapat berkongsi pentas dengan tiga penyanyi hebat itu.

“Saya memang menanti peluang keemasan untuk bekerjasam­a dengan Sheila kerana sudah lebih 10 tahun kami tidak buat persembaha­n bersama seperti ini.

“Saya memang peminat setia Sheila dan selalu mendengar lagunya sejak dulu,” katanya.

Selain Sheila, Harvey juga penyanyi hebat yang menjadi idolanya sejak dulu.

“Saya mula meminati lagu dendangan Harvey pada 1986. Antara lagu popularnya ialah Pelabuhan Cinta, Jerat dan Biarkan,” katanya.

Anuar berkata, kali pertama dia bertemu Harvey ialah pada 2010 danmemangm­ahu berduet dengannya dalam persembaha­n atau bekerjasam­a dalam album pada masa depan.

“Bagaimanap­un, impian untuk berduet dengan Harvey tercapai kerana kami akan buat persembaha­n

‘finale’ pada malam amalitu.Sayaakan menyampaik­an tiga lagu popular secara medley dan ada lagu duet dengan Sheila nanti,” katanya.

Dalam perkembang­an lain,Anuarjuga menceburi dunia perniagaan sebagai jaminan masa depannya. Ia membabitka­n produk serumpenja­gaanwajah dan tudung bawal.Ramlah Zainal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia