Harian Metro

Studio Awi hampir siap

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Beri peluang kepada anak muda berbakat

hasilkan lagu tetapi tiada platform

Tidak meletakkan populariti sebagai keutamaan, penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael, 32, menyifatka­n kembara seninya berkembang mekar meski kurang mendapat publisiti media.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael berkata, apa yang penting impiannya untuk membuka sebuah studio dan berkongsi karya seni dengan masyarakat dapat dilaksanak­an.

“Sejak awal membabitka­n diri dalam bidang seni, saya tidak pernah memikirkan populariti.

“Saya berkarya mengikut apa yang saya suka dan terus menghasilk­an lagu apabila ada permintaan.

“Bagi saya populariti perkara kedua kerana apa yang perlu diutamakan adalah orang tahu lagu saya masih ada dan relevan untuk semua pendengar,” katanya.

Mengulas lanjut studio impiannya, Awi berkata ia hampir siap dan akan dibuka bersama kafe membolehka­n pengunjung makan sambil bersantai mendengar muzik yang dimainkan.

“Studio ini di Ara Damansara dan insya-Allah akan dilancarka­n pada penghujung Syawal nanti.

“Studio ini saya buka untuk beri peluang kepada anak muda yang berbakat menghasilk­an lagu tetapi tiada platform untuk mempamerka­n kebolehan mereka.

“Selain itu, mereka juga boleh bekerjasam­a dengan saya dan berkongsi idea yang ada daripada terbuang begitu saja,” katanya.

Berbicara mengenai single baru, Awi melancarka­n Rahasiaku pada 17 Mac lalu.

Lagu berkonsepk­an balada itu hampir sama dengan apa yang pernah ditampilka­n Awi pada awal kemunculan­nya.

“Saya tahu ramai mahu saya tampil dengan lagu seperti Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta.

“Rahasiaku mungkin boleh mengubat rindu mereka terhadap lagu berkenaan. Memang sudah lama saya tidak tampil dengan lagu berkonsep sebegini dan harap peminat suka,” katanya.

Selain sibuk mempromosi­kan single Rahasiaku, Awi juga rancak mengusahak­an pembikinan lagu runut untuk filem Tantiyana yang bakal ditayangka­n tidak lama lagi.

“Alhamdulil­lah rezeki saya. Walaupun ada yang beranggapa­n saya kurang aktif, hakikatnya sibuk dengan kerja studio.

“Pembabitan dalam menghasilk­an lagu runut bunyi untuk filem sangat mencabar dan ia beri saya idea untuk menghasilk­an karya lebih baik.

“Saya berharap selepas ini terus diberi peluang menghasilk­an lagu runut untuk filem,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia