Harian Metro

Selamatkan harimau kita

-

Kerajaan isytihar perang terhadap pemburu haram

ini daripada terus pupus, PERHILITAN memulakan kempen intensif dua tahun dikenali dengan nama Selamatkan Harimau Malaya Kita yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kempen itu dilancarka­n Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar sempena sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia 2019 di ibu negara, baru-baru ini. Sambutan berkenaan yang diraikan pada 3 Mac setiap tahun bertemakan Kehidupan Dalam Air: Untuk Manusia dan Planet seperti yang ditetapkan Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) dan Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Dr Xavier dalam ucapannya berkata, penurunan populasi harimau di dunia termasuk Malaysia disebabkan pelbagai faktor antaranya pemburuan haram yang didorong permintaan pasaran yang tinggi dan kehilangan habitat.

“Harimau ini bukan saja dijerat, malah habitatnya turut diceroboh penduduk tempatan dan warga asing secara tidak langsung memberi tekanan kepada kelangsung­an populasi harimau Malaya ini.

“Daripada lebih 1,000 operasi yang dijalankan dari 2013 hingga 2018, sejumlah 3,500 jerat ditemui dan 162 penceroboh ditahan membabitka­n kesalahan jenayah hidupan liar.

“Oleh itu, dalam kempen Selamatkan Harimau Malaya Kita kerajaan mengisytih­arkan perang terhadap pemburu haram dan ini akan menjadi agenda dan komitmen untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam komitmen untuk memastikan spesies harimau Malaya tidak pupus, kerajaan akan meningkatk­an rondaan di bawah Program Perlindung­an Harimau dan Rondaan (TP3). Malah, usaha sama turut dijalankan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pelaksanaa­n di lapangan.

“Rondaan 24 jam ini di kawasan habitat harimau sangat penting dalam memastikan harimau berkenaan dilindungi sepenuhnya daripada ancaman pemburu haram yang sentiasa memasang jerat,” katanya.

 ?? FOTO ?? KETUA Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim (kiri) memberi penerangan usaha melindungi harimau dilakukan pihaknya kepada Dr Xavier (dua dari kiri).
FOTO KETUA Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim (kiri) memberi penerangan usaha melindungi harimau dilakukan pihaknya kepada Dr Xavier (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia