Harian Metro

MANFAAT PUSAT WAKAF

-

diadakan antaranya solat berjemaah, talaqqi al-Quran, qiamullail, senaman kesihatan, pemeriksaa­n dan ceramah kesihatan serta aktiviti bersama masjid berdekatan.

“Alhamdulil­lah, saya dapat menghafal tiga surah iaitu al-Waqiah, al-Sajadah dan al-Mulk selain sedang menghafal surah Yasin. Sebelum masuk ke Darul Ilmi, saya tidak cukup ilmu pengetahua­n sekadar amalan sendiri yang dilakukan orang lain seperti solat dan membaca Al-Quran.

“Namun, apabila menjejakka­n kaki ke pusat ini banyak ilmu yang saya dapat dan amalkan,” katanya yang ditemui selepas Majlis Graduasi Darul Ilmi MAIWP 2019 di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) Mohd Ajib Ismail.

Menurut Siti Mariam, menuntut ilmu agama memerlukan kesabaran dan ketekunan kerana amalan yang dilakukan itu menjadi bekalan di akhirat nanti.

“Alhamdulil­lah, tak dapat bayangkan betapa seronok dan sedih apabila berjaya menamatkan pengajian ini.

“Insya-Allah, ilmu yang saya dapat ini akan digunakan untuk mendidik anak dan cucu serta orang kampung untuk diamalkan,” katanya.

Siti Halimah Hassan,

69, berkata, ilmu yang dipelajari­nya itu bukan untuk diri sendiri dan keluarga sebaliknya akan berkongsi dengan masyarakat kejiranan yang lain.

“Mereka yang baru lepas bersara kalau boleh menumpukan sepenuh masa untuk mendalami ilmu agama kerana kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita.

“Lakukan amalan sebanyak mungkin kerana kita tidak tahu amalan mana yang kita lakukan diterima yang maha Esa,” katanya.

Sementara itu, Syed Hussien berkata, pusat pengajian ini khas untuk warga emas yang berminat untuk mendalami ilmu agama Islam secara kaedah pengajian pondok dengan pendekatan moden.

Katanya, mereka telah mengikuti pengajian agama secara intensif dalam pengajian AlQuran, fardu ain, fardu kifayah merangkumi ilmu tauhid, fekah, tafsir, hadis, tasawwuf, akhlak, tajwid, sirah dan perubatan Islam selama dua tahun.

“Rutin harian bermula jam 4.00 pagi dengan aktiviti qiamullail.

Selepas solat Subuh secara berjemaah, mereka akan berzikir dan berselawat.

“Ia disusuli kelas pengajian hingga malam. Selain itu, mereka juga terbabit dengan aktiviti yang diadakan di masjid berhampira­n,” katanya.

 ?? FOTO ?? PENERIMA sijil bersama Syed Hussien (duduk tengah) dan tetamu kehormat yang lain.
FOTO PENERIMA sijil bersama Syed Hussien (duduk tengah) dan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia