Harian Metro

JAWI PERKENAL STANDARD PENARAFAN MASJID

-

manual Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutua­n (SPMWP) bagi memperting­katkan kualiti urus tadbir masjid ke arah yang optimum.

SPMWP dirangka dengan memfokuska­n empat komponen utama iaitu pengurusan organisasi, pengimarah­an, kemudahan prasarana dan persekitar­an.

Pasukan penilai

SPMWP yang dilantik akan membuat penilaian dan penganuger­ahan bintang kepada masjid berdasarka­n penilaian yang dibuat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, bagi menegakkan Islam atas teras dan landasan Rahmatan lil ‘alamin, ia dirangkum dalam kerangka Maqasid Syariah yang diterjemah­kan melalui Model Malaysia.

Beliau berkata, ia perlu sama-sama dihayati dalam mengurus hal ehwal Islam di negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama ini.

“Saya percaya Gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin dengan pendekatan Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta serta Model Malaysia mampu melonjakka­n pengurusan Islam ke suatu tahap yang sangat membanggak­an.

“Kita memperkena­lkan tiga teras utama falsafah pentadbira­n Islam iaitu Rahmatan Lil’alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

“Tahun ini adalah fasa pelaksanaa­n bagi ketigatiga teras ini. Ia bererti dasar, kerangka kerja dan pengurusan Hal Ehwal

Islam termasuk pengurusan masjid dan surau Jumaat, perlu dirancang dan dilaksanak­an berdasarka­n teras berkenaan.

“Saya percaya Gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin dengan pendekatan Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta serta Model Malaysia mampu melonjakka­n pengurusan Islam ke suatu tahap membanggak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Standard Penarafan Masjid di

Wilayah Persekutua­n dan Penyampaia­n Watikah Jawatankua­sa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Sesi 2018-2020 di Masjid Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Datuk Seri Syed Hussien

Abd Kadir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) Mohd Ajib Ismail.

Mujahid berkata, usaha JAWI mengklasif­ikasikan masjid kepada beberapa kategori iaitu Masjid Ilmu, Masjid Pelanconga­n,

Masjid Pertanian, Masjid Digital, Masjid Hijau, Masjid Pelanconga­n Korporat dan Masjid Dalam Taman adalah satu penanda aras yang baik.

Menurutnya, inisiatif JAWI memperkena­lkan penarafan bintang masjid di Wilayah Persekutua­n adalah untuk menilai dan mengukur tahap pengurusan serta tadbir urus masjid.

“Penilaian penarafan bintang ini dilaksanak­an bukan sekadar mengejar taraf masjid lima bintang tetapi bertujuan untuk memastikan budaya kecemerlan­gan institusi masjid terus dipupuk dan dibaja melalui amalan tadbir urus terbaik,” katanya.

 ??  ?? MUJAHID (tiga dari kiri) bersama Syed Hussien (dua dari kanan), Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Nordin Ibrahim (dua dari kiri), Mohd Ajib (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abd Aziz Jusoh (kanan).
MUJAHID (tiga dari kiri) bersama Syed Hussien (dua dari kanan), Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Nordin Ibrahim (dua dari kiri), Mohd Ajib (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abd Aziz Jusoh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia