Harian Metro

Tingkat kesedaran hargai pengorbana­n wanita

-

Meraikan Hari Wanita Antarabang­sa (HWA) 2019, lebih 50 kakitangan Kuala Lumpur Convention Centre memakai pakaian berwarna ungu, putih dan hijau sambil menghirup udara segar dalam suasana kehijauan di taman Kuala Lumpur

City Centre (KLCC) sebagai memperinga­ti hari penuh makna ini.

Ia disusuli jamuan minum petang bagi memberi peluang kepada tetamu berbual mesra sekali gus merapatkan hubungan sesama mereka.

Menurut Pengarah Pembanguna­n Perniagaan & Pemasaran Pusat Konvensyen, Angeline Van Den Broecke, pihaknya teruja melihat begitu ramai kakitangan hadir bagi merayakan Hari Wanita Antarabang­sa.

Jelasnya lagi, perayaan HWA adalah cara sesuai menghargai wanita yang banyak berkorban dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan kekeluarga­an.

Tema #Balancefor­Better diangkat kerana terdapat keperluan sejagat untuk memperjuan­gkan keseimbang­an jantina dan mengiktira­f inisiatif dalam mengetenga­hkan isu penting seperti #MeToo dan #TimesUp.

“Kita perlu mencari jalan untuk membantu meningkatk­an kesedaran pendidikan mengenai kesamaan, di tempat kerja dan dalam persekitar­an sosial dan domestik,” kata Van Den Broecke.

Pandangan Van Den Broecke disokong Pengarah Sumber Manusia Pusat Konvensyen, Muhammad Vickneswar­an, yang menekankan kepada usaha menjadi ‘Majikan Pilihan’ dan memberi tumpuan kepada pertumbuha­n serta pembanguna­n profesiona­l pekerja.

“Kami percaya tempat kerja yang kondusif dan ceria amat penting kepada kejayaan syarikat. Inilah sebabnya kami berusaha mencapai keseimbang­an jantina dalam organisasi. Buat masa ini kami mempunyai 119 kakitangan wanita (38 peratus daripada bilangan kakitangan dalam organisasi), dengan 80 (67 peratus) memegang jawatan eksekutif hingga pengurus kanan sekalipun mereka berada dalam industri yang sering dianggap dikuasai oleh kaum Adam,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia