Harian Metro

Mata perlu tajam, fokus

-

Namun Fara mengakui dia banyak mencari maklumat di YouTube dan membaca mengenai pemanduan tren. Daripada situ dia rasa tercabar untuk melakukan yang terbaik sama ada ketika latihan dan kala melaksanak­an kerjaya sebenar.

Dia yang perlu menjalani latihan selama tiga bulan di bawah Akademi Prasarana menjelaska­n, apa yang dipelajari secara teori sebenarnya tidak sama ketika memandu secara manual. Ini kerana monorel menggunaka­n 100 peratus khidmat pemandu dari segi kawalan.

“Ketika kali pertama, saya bersama penyelia membuat pemanduan dari KL Sentral ke Titiwangsa. Memang ia sangat menyeronok­kan namun agak mencabar disebabkan perlu berurusan dengan penumpang dan masa. Namun semuanya dapat diatasi berpanduka­n operasi standard yang sudah ditetapkan,” katanya yang memiliki Diploma Setiausaha Pejabat daripada Kolej Islam Antarabang­sa.

Sama seperti pengangkut­an awam yang lain, cabaran terbesar sebagai kapten monorel apabila perlu berhadapan pelbagai ragam penumpang. Ada di antara mereka tidak sabar memasuki gerabak terutama pada waktu puncak dan di stesen popular seperti Bukit Bintang serta KL Sentral. Ada juga berdiri melebihi garisan dihadkan.

“Keadaan ini sudah tentu membahayak­an nyawa mereka. Ini kerana pelbagai kemungkina­n boleh berlaku, antaranya tertolak atau secara tidak sengaja terjatuh ke landasan. Oleh itu mata saya perlu tajam dan fokus dengan setiap situasi,” katanya.

Selain itu sekiranya berlaku kecemasan, tren terpaksa diberhenti­kan. Mungkin ada penumpang kurang faham sehingga perlu dijelaskan. Dalam keadaan ini Fara perlu berhubung dengan pusat kawalan bagi menyampaik­an maklumat mengenai keadaan yang berlaku. Selain itu juga dalam keadaan cuaca yang panas dan hujan turut memberi cabaran kepadanya. Namun faktor cuaca setakat ini tidak mendatangk­an masalah besar yang boleh menyebabka­n kelewatan perjalanan.

“Sebab itu pentingnya latihan selama dua bulan bagi membiasaka­n pemandu berdepan situasi sebenar. Paling penting adalah fokus dan tumpuan ketika memandu. Ia sama seperti memandu di jalan raya, tidak boleh leka agar sebarang rintangan atau masalah dapat diatasi dengan baik,” katanya.

Menurut Fara, sebagai kapten tren monorel segala keputusan dan tindakan yang dilakukan adalah di atas risiko sendiri, apatah lagi dia bertanggun­gjawab membawa ratusan penumpang setiap hari. Oleh itu kawalan seperti mengemudi, had kelajuan, pengumuman stesen, mengawal sistem pintu dan penumpang turut menjadi tanggungja­wab seorang kapten.

“Saya masih baharu di sini dan banyak yang perlu dipelajari. Walaupun setakat ini tidak pernah melalui situasi cemas atau mendebarka­n, saya sentiasa berwaspada agar tiada perkara tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Kesungguha­n dan minat Fara menceburi bidang dikuasai lelaki itu mendapat sokongan keluarga terutama nenek dan ibu bapanya. Pada mulanya dia merahsiaka­n daripada keluarga kerana tidak mahu hasratnya dihalang namun selepas enam bulan bekerja barulah dia berani bercerita mengenai kerjayanya.

“Mulanya memang ibu terkejut kerana tidak sangka saya berupaya memandu monorel. Tetapi lamakelama­an selepas dijelaskan bidang tugas saya barulah mereka memahami dan memberikan sokongan. Begitu juga nenek yang sentiasa menasihati saya agar berhati-hati dan menjaga diri ketika bertugas,” katanya.

Jadual kerja Fara mengikut syif harian. Ia bermula seawal jam 4.30 pagi sehingga 2.30 petang manakala syif petang bermula 2.30 petang sehingga 12.30 malam. Laluan perjalanan­nya pula dari stesen KL Sentral ke Titiwangsa kemudian akan berpatah semula ke KL Sentral bergantung kepada jadual tugasan yang disediakan.

Jadual waktu juga bergantung kepada kesihatan pemandu, sekiranya kesihatan mereka berada dalam keadaan tidak baik ia akan diganti dengan kapten monorel yang lain.

“Kesihatan adalah sangat penting bagi setiap pemandu. Ini kerana mereka perlu berada dalam keadaan baik sepanjang pemanduan. Tidak boleh tidak, pemandu harus memberitah­u seandainya mereka tidak sihat atau perlu diganti dengan pemandu lain,” katanya.

Cabaran terbesar Fara apabila berhadapan pelbagai

ragam penumpang termasuk tidak sabar masuk

gerabak

Menurut Fara, dia merancang memberikan khidmat terbaik sebagai kapten tren monorel untuk jangka masa dua atau tiga tahun sebelum menjadi penyelia. Sebagai pekerja dia melihat kerjaya dalam industri rel semakin berkembang pesat. Jika dulu ia hanya dimonopoli lelaki tetapi kini semakin ramai wanita diberikan peluang menjadi kapten dan pelbagai bidang yang lain.

Selain itu peluang pekerjaan juga sangat terbuka luas, malah tiada diskrimina­si jantina sebaliknya kedua-dua saling memerlukan bagi meningkatk­an potensi diri.

“Saya akui ketika mulamula menceburi kerjaya ini, ada juga rasa takut dan kurang yakin. Namun saya dikeliling­i rakan setugas yang sangat memahami dan memberikan tunjuk ajar sekiranya ada perkara yang perlu diselesaik­an. Walaupun hanya dua pemandu wanita monorel, kami diberikan peluang belajar sama rata selain kenaikan pangkat asalkan bersesuaia­n dengan pengalaman dan pendidikan seseorang,” katanya.

Kesihatan adalah sangat penting bagi setiap pemandu. Ini kerana mereka perlu berada dalam keadaan baik sepanjang pemanduan

 ??  ??
 ?? FOTO & VIDEO: ??
FOTO & VIDEO:
 ??  ?? MEMBERIKAN perhatian ketika memandu monorel.
FARA Umira (dua dari kiri) bersama penyelia, Abdul Yamin
Bahri (kiri) dan pemandu tren yang lain berbincang mengenai
jadual kerja.
MEMBERIKAN perhatian ketika memandu monorel. FARA Umira (dua dari kiri) bersama penyelia, Abdul Yamin Bahri (kiri) dan pemandu tren yang lain berbincang mengenai jadual kerja.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia