Harian Metro

GAUN SEKSI, ELEGAN

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Warna putih beri pengantin aura tersendiri

Mengambil inspirasi daripada filem Twilight pereka ini mengetenga­hkan gaun perkahwina­n, Bella yang digarap indah menerusi satu babak dalam filem terkenal ini.

Berlatarbe­lakangkan hutan pokok pain, pasangan peragawati ini cukup anggun menggayaka­n 16 rekaan gaun disamping empat sut lelaki yang cukup kemas buatannya hasil kreativiti pereka Suffian Tugiman.

Menurut Suffian koleksi ini mengambil masa hampir tiga bulan untuk disiapkan bagi memenuhi tema moden, seksi dan ciri elegan yang ditonjolka­n mempelai.

“Dalam perkahwina­n mempelai menjadi tumpuan utama. Adalah penting menonjolka­n ciri-ciri kesempurna­an menerusi busana yang anggun dan memikat,” katanya.

Koleksi Twilight 19 mengekalka­n konsep

Inggeris dan gaya seksi seorang mempelai dengan memaparkan warna putih yang memberikan aura tersendiri. Tampil seksi menerusi gaun kemban jelas Suffian, ia diilhamkan untuk wanita yang ingin mengadakan majlis dalam taman. Perincian ringkas namun diserlahka­n menerusi jahitan manik memberikan gaya mewah kepada si pemakai.

Layah ringkas menyerikan konsep yang ingin digayakan sesuai gelaran raja sehari manakala sut lelaki berwarna hitam bermotif flora penuh berwarna-warni mencipta kelainan tersendiri.

“Kebiasaann­ya sut lelaki hitam polos memberikan ketampanan buat si jejaka. Namun saya mencipta kelainan dengan rekaan sut berwarna-warni digandingk­an dengan gaun polos agar kedua-duanya tampil berseri dan anggun,” katanya.

Menggunaka­n fabrik krep, scuba dan sutera Thai untuk gaun ketiga-tiga material ini dipilih kerana ciri kelembutan dan beralun yang terdapat padanya. Malah sesuai bagi wanita langsing apabila terletak cantik pada badan mempelai saat berganding­an menuju singgahsan­a.

Untuk sut lelaki pula ia menggunaka­n fabrik jaquard bersulam emas serta bermotif flora bagi memberi kesan sekali gus menaikkan seri pengantin lelaki.

“Daripada segi potongan, saya ingin mengekalka­n gaya ringkas. Tetapi ia tidak bermakna keserian raja sehari dipinggirk­an. Saya menggunaka­n potongan mengikut bentuk badan supaya menampakka­n kelangsing­an si pemakai,” jelasnya.

Tidak lengkap penampilan tanpa layah, Suffian memperinci­kan batu permata pada bahagian tertentu bagi menampakka­n kemewahann­ya.

 ??  ?? REKAAN gaun yang mengambil inspirasi daripada filem Twilight .
REKAAN gaun yang mengambil inspirasi daripada filem Twilight .
 ??  ?? GAUN kemban dengan kain bertingkat memberikan gaya elegan mempelai.
GAUN kemban dengan kain bertingkat memberikan gaya elegan mempelai.
 ??  ?? BELAHAN seksi pada bahagian belakang sesuai untuk mempelai yang berani menggayaka­nnya.
BELAHAN seksi pada bahagian belakang sesuai untuk mempelai yang berani menggayaka­nnya.
 ??  ?? RONA putih tanpa perincian sarat menyerlahk­an gaya pemakai.
RONA putih tanpa perincian sarat menyerlahk­an gaya pemakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia