Harian Metro

ARENA REED MAKIN MATANG

- AFP

 Optimis mampu pertahan gelaran di Masters edisi ke-83

Patrick Reed berkata, mentalnya kini lebih kuat malah pukulannya juga semakin bagus berbanding ketika dia memenangi Masters tahun lalu.

Pemain Amerika Syarikat berusia 28 tahun itu akan mempertaha­nkan gelaran di kejohanan utama pertamanya di Masters edisi ke-83 bulan depan tetapi setakat ini, dia masih gagal menduduki kelompok 10 teratas dalam mana-mana pertanding­an sejak muncul naib juara di Dubai, November tahun lalu.

“Ia pasti akan membantu,” kata Reed mengenai persiapann­ya.

“Tetapi secara jujur, saya merasakan kekuatan mental saya adalah lebih kuat berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Setiap kali membuat pukulan di lapangan, saya merasa lebih selesa. Saya hanya perlu bermain seperti biasa di kejohanan itu nanti.”

Reed yang kini menduduki ranking ke-16 dunia, melangkah ke lapangan kebangsaan Augusta tahun lalu selepas berkongsi tempat kedua Kejohanan Valspar dan mendu- duki tangga ketujuh kejohanan jemputan Arnold Palmer selain di tangga kesembilan WGC Match Play.

Bulan ini, Reed berkongsi kedudukan di tangga ke-50 di Arnold Palmer dan di tangga ke-47 di Kejohanan Pemain minggu lalu selepas sekadar mencatat 78 pukulan di hari terakhir.

“Persiapan saya berjalan baik. Saya rasa berada di kedudukan lebih baik berbanding tempoh sama tahun lalu,” kata Reed. “Apa yang saya usahakan sudah mula menampakka­n hasil.

“Saya sudah boleh membuat pukulan tidak kira dari sudut mana sekalipun. Ia lebih konsisten dan minda saya semakin tenang. Itulah yang anda perlukan untuk bertanding di kejohanan utama.”

Pemenang Kejohanan Pemain, Rory McIlroy, pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson, pemain nombor dua dunia, Justin

Rose dan juara 14 kejohanan utama,

Tiger Woods antara pilihan untuk menjuarai Masters yang bakal berlangsun­g pada 11 hingga 14 April di Augusta.

Tetapi Reed tidaklah begitu cemerlang ketika dia mengetepik­an McIlroy, Jordan Spieth dan Rickie Fowler tahun lalu.

“Antara cabaran paling besar dalam arena golf ialah bermain di Masters kerana anda langsung tidak boleh melakukan kesilapan walaupun kecil,” kata Reed.

“Augusta bukan saja mencabar permainan anda tetapi lapangan itu juga akan menguji kekuatan fizikal serta mental.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia