Harian Metro

BALOTELLI ‘LEPAK’ DULU...

Mancini tak senarai penyerang Marseille atas faktor kecergasan

-

Jurulatih Itali, Roberto Mancini berkata, dia tidak menyenarai­kan penyerang Mario Balotelli untuk aksi kelayakan Piala Euro 2020 kerana penyerang Marseille itu kurang cergas.

Itali memulakan kempen untuk layak ke saingan pusingan akhir Eropah itu dengan aksi menentang Finland pada Sabtu di Udine selepas gagal layak Piala Dunia tahun lalu buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

Permulaan hebat Balotelli di Marseille dengan lima gol dalam tujuh perlawanan tidak cukup meyakinkan Mancini, begitu juga persembaha­n Andrea Belotti, 25, yang menjaringk­an 10 gol di peringkat liga untuk Torino.

“Mario (Balotelli) belum berada pada tahap prestasi yang sepatutnya untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan,” Mancini.

“Dia sudah meningkat dari aspek fizikal berbanding September lalu, namun masih boleh meningkat. Saya mengharapk­an lebih banyak daripadany­a, dia berusia hampir 29 tahun, dia berada pada kemuncak prestasi dan untuk pasukan kebangsaan dia perlu memberi persembaha­n yang maksima.”

Itali juga akan beraksi menentang Liechtenst­ein di Parma pada 26 Mac.

“Apa yang lebih menarik mengenai pasukan kebangsaan adalah semua orang boleh meluahkan pandangan masing-masing,” kata bekas jurulatih Manchester City yang tidak menyenarai­kan dua penyerang itu dalam pasukannya. “Saya telah membuat pilihan, Belotti sama seperti pemain lain yang terpaksa tinggal di rumah buat masa ini, dia boleh melakukan lebih baik dan kembali ke pasukan kebangsaan. Dia masih muda, dia mempamerka­n prestasi meningkat dalam liga, sudah pasti ada tempat buatnya nanti dalam pasukan kebangsaan.

Penyerang veteran, Fabio Quagliarel­la, 36, disenaraik­an dalam skuad kebangsaan selepas pemain itu mendahului senarai penjaring gol di Serie A dengan 21 gol daripada 28 perlawanan.

Skuad Itali turut disertai bintang muda Roma, Nicolo Zaniolo dan penyerang Juventus, Moise Kean, kedua-duanya berusia 19 tahun.

“Saya memanggil beberapa lagi pemain kerana tidak begitu mengetahui mengenai kondisi mereka dan mahu mengenali seterusnya menilai aksi mereka dengan lebih baik,” tambah Mancini.

“Kami menyenarai­kan beberapa lagi penyerang kerana kami perlu berusaha untuk memantapka­n barisan ini. Saya mohon maaf kepada pemain yang tidak disenaraik­an.

“Kami mempunyai pemain muda yang sedang meningkat naik. Kami berterima kasih kepada Luigi Di Biagio (jurulatih bawah 21 tahun) kerana kami menyenarai­kan beberapa pemainnya untuk Piala Euro ini.

Itali hanya memenangi kejuaraan Piala Euro sekali pada 1968 dan naib juara pada 2000 dan 2012.

 ??  ?? MARCO Verratti (kanan) pada sesi latihan skuad Itali di Pusat Sukan Coverciano, semalam. BALOTELLI bukan pada tahap terbaik untuk wakili Itali.
MARCO Verratti (kanan) pada sesi latihan skuad Itali di Pusat Sukan Coverciano, semalam. BALOTELLI bukan pada tahap terbaik untuk wakili Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia