Harian Metro

McLeish idam aksi Scotland di final

-

Kazakhstan: Pengurus Scotland Alex McLeish berkata, ia pastinya ‘pencapaian menakjubka­n’ dalam kariernya jika dapat membawa pasukan itu mara ke pusingan akhir Piala Euro 2020 dan kejohanan Piala Dunia di Qatar.

Skuad McLeish masih bersaingan dalam kelayakan Piala Dunia dan kini memulakan kempen kelayakan Piala Euro, Khamis ini.

“Mungkin ada sedikit sambutan.” kata McLeish yang kontraknya tamat sehingga 2020 kepada BBC Scotland. “Ia ada pada pasukan. Kami pasti mempercaya­i dan ia adalah perkara terbaik dalam sejarah karier saya jika dapat layak ke dua kejohanan utama.”

McLeish percaya kejayaan barisan pemain Scotland ketika ini yang mempunyai impian besar selain berpengala­man beraksi di pentas antarabang­sa.

Scotland gagal menempatka­n diri dalam 10 kejohanan utama yang lalu dengan kapten Scotland ketika ini, Andy Robertson berusia empat tahun ketika penampilan terakhir pasukan kebangsaan itu.

“Saya tidak fikir ia salah satu sebab,” kata McLeish mengenai kebangkita­n pasukan Scotland itu.

“Kami membawa masuk ramai pemain luar yang menyebabka­n kami tidak memperoleh­i apa-apa, dengan matlamat asalnya juga tersasar. Bola sepak jalanan juga semakin kurang diminati.

“Adakah ini cukup untuk menyemai minat kanak-kanak untuk bermain bola sepak semula? Kami mahu menjadikan skuad Scotland ketika ini sebagai sumber inspirasi mereka. Jika kami memperoleh­i keputusan yang baik, saya pasti ia akan merubah semuanya.”

Scotland berpotensi mara ke pusingan akhir Piala Euro tahun depan bersandark­an kepada kekuatan pasukan ketika ini.

“Beberapa pemain berbakat terlepas peluang (menyertai kejohanan),” tambah pengurus Scotland itu.

“Namun, lebih baik memberi tumpuan kepada melepasi peringkat kumpulan dahulu dan tidak perlu beraksi dalam kelayakan play off untuk ke pusingan akhir nanti.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia