Harian Metro

Genting Highlands kembali cabar pelumba di LTDL

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

Putrajaya: Peluang pelumba mencipta nama kini terbuka apabila laluan pendakian Genting Highlands sah kembali dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 pada bulan depan.

Perkembang­an berkenaan dimaklumka­n Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Human Voyage, Datuk Ahmad Mustafa yang menjelaska­n mereka sudah mendapat lampu hijau untuk kembali ke Genting Highlands selepas kali terakhir pada edisi 2014.

Menurutnya, pendakian berstatus ‘hors’ terbabit bermula dari Shah Alam iaitu peringkat keempat LTdL 2019.

“Genting Highlands sentiasa menjadi ikon kepada LTdL. Ia pendakian istimewa kepada pelumba dan peminat menantikan­nya.

“Jadi, kali ini mereka membenarka­nnya, namun lokasi penamat masih dalam perbincang­an kerana masih terdapat pembinaan sedang berlangsun­g.

“Kita bakal menyaksika­n pelumba pendaki terbaik dihantar 22 pasukan yang bersaing terutamany­a dari Colombia,” katanya.

Laluan pendakian Genting Highlands sememangny­a istimewa kepada pelumba kerana

(gambar)

ia bakal menonjol dan mencabar kemampuan kayuhan pelumba.

Beliau menjelaska­n laluan penuh perlumbaan akan didedahkan kepada umum oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada majlis perlancara­n dijadualka­n esok.

Beliau turut menolak andaian pemenang sesetengah kategori akan dapat ditentukan seawal peringkat keempat susulan pendakian ke Genting Highlands dengan menyifatka­n dua peringkat perlumbaan berikutnya di Pulau Langkawi mampu mengubah situasi.

“Laluan ke Cameron Highlands digugurkan, namun saya fikir peringkat ketujuh yang membabitka­n laluan di Langkawi agak mencabar,” katanya.

Pada masa sama beliau menjelaska­n sudah mendapat pengesahan sekurang-kurangnya dua pasukan berstatus Pro Tour akan bersaing.

Human Voyage dipilih menganjurk­an perlumbaan yang dijadual dari 6 hingga 13 April membabitka­n lapan peringkat perlumbaan menyusuri pantai barat Semenanjun­g dan berakhir di Langkawi.

 ?? FOTO: ?? SHUBHANKAR ketika sidang media Kejuaraan Golf Maybank 2019 di Saujana Golf & Country Club.
FOTO: SHUBHANKAR ketika sidang media Kejuaraan Golf Maybank 2019 di Saujana Golf & Country Club.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia